Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Pembakaran terbuka tanpa kebenaran boleh didenda hingga RM1 juta – JAS Sarawak
  • TEMPATAN

Pembakaran terbuka tanpa kebenaran boleh didenda hingga RM1 juta – JAS Sarawak

Utusan Sarawak 18 hours ago
JAS Sarawak larang pembakaran terbuka tanpa kebenaran.

KUCHING: Rakyat Sarawak diingatkan supaya tidak melakukan pembakaran terbuka tanpa kebenaran bertulis daripada pihak berkuasa yang sah, khususnya ketika negara sedang mengalami musim panas dan cuaca kering.

Menurut Jabatan Alam Sekitar (JAS) Sarawak, larangan itu penting bagi mengelakkan risiko kebakaran tidak terkawal dan pencemaran udara seperti jerebu.

“Pembakaran terbuka termasuklah pembakaran apa-apa sisa pertanian, semak samun atau belukar, pembakaran apa-apa jenis buangan seperti sampah domestik atau buangan binaan, pembakaran di tapak pelupusan atau kawasan tanah gambut, dan pembakaran secara terkawal tanpa kelulusan bertulis daripada pihak berkuasa,” kata JAS Sarawak dalam kenyataan hari ini.

Jabatan itu memaklumkan bahawa tindakan undang-undang boleh diambil terhadap individu yang melakukan pembakaran terbuka tanpa kebenaran, selaras dengan Seksyen 29A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Pindaan 2024).

“Jika disabitkan kesalahan, pesalah boleh dikenakan denda tidak kurang daripada RM25,000 dan tidak melebihi RM1 juta, atau penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya sekali,” jelas kenyataan itu.

Selain itu, denda tambahan sehingga RM5,000 sehari boleh dikenakan sekiranya kesalahan berterusan selepas notis pemberhentian dikeluarkan, manakala kompaun maksimum yang boleh dikenakan ialah tidak lebih 50 peratus daripada kadar denda maksimum.

Tambah kenyataan itu lagi, larangan pembakaran terbuka perlu dipatuhi bagi mencegah pencemaran udara yang boleh memberi kesan buruk terhadap kesihatan awam dan keseimbangan alam sekitar.

Katanya, antara kesan terhadap kesihatan awam ialah peningkatan kes asma, batuk, bronkitis, masalah pernafasan dan jantung, terutama dalam kalangan bayi, warga emas serta mereka yang menghidap penyakit kronik. Ia juga boleh menyebabkan iritasi pada mata, tekak dan hidung serta menjejaskan kualiti hidup penduduk.

Sementara itu, kesan terhadap alam sekitar pula termasuk pencemaran udara dan jerebu, kemerosotan kualiti tanah dan air, kemusnahan flora dan fauna, kerosakan ekosistem serta peningkatan pelepasan gas rumah hijau yang menyumbang kepada perubahan iklim global.

Dalam pada itu, JAS Sarawak menggesa kerjasama orang ramai dalam memerangi sebarang bentuk pencemaran alam sekitar dengan segera melaporkan aktiviti mencurigakan melalui talian bebas tol 1-800-88-2727 yang beroperasi 24 jam, atau menerusi e-mel ke aduan_k@doe.gov.my, ataupun portal e-aduan di https://eaduan.doe.gov.my.

Continue Reading

Previous: Mobile registration counter for Bas.My Kuching Concession Cards at Kenyalang Park this Saturday 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.