Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Pematuhan SOP di sekolah memuaskan
  • TEMPATAN

Pematuhan SOP di sekolah memuaskan

Utusan Sarawak 5 years ago
APA KHABAR… Menteri Pengangkutan, Datuk Lee Kim Shin (kiri) bertanyakan kepada para pelajar ketika hadir bagi meninjau pematuhan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) pencegahan Covid-19 di SMK Merbau di Miri, Rabu lepas.

MIRI: Menteri bertanggungjawab bagi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri, Datuk Lee Kim Shin berpuas hati dengan tahap pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) pencegahan Covid-19 oleh pihak sekolah, guru, pelajar dan ibu bapa di sini.

Beliau yang juga Menteri Pengangkutan telah turun padang melihat sendiri pematuhan SOP sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lopeng dan SMK Merbau.

“Hasil lawatan saya pada hari pertama sesi persekolahan dibuka semula hari ini (Rabu lepas), saya berpuas hati dengan tahap pematuhan SOP yang diamalkan  oleh para guru, pelajar dan ibu bapa.

“Selain itu, kehadiran para pelajar pada tahap baik,” katanya di sini.

Sesi persekolahan untuk Tingkatan 5 dan 6 yang mengambil peperiksaan awam dibuka semula Rabu lepas selepas ditutup lebih tiga bulan disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula pada 18 Mac lalu bagi membendung penularan pandemik Covid-19 di seluruh negara yang masih berlaku sehingga semalam.

Sementara itu, tinjauan Utusan Sarawak di SMK Merbau dan SMK St. Columba, dilihat guru mengambil suhu pelajar  bagi memastikan hanya yang sihat dibenarkan masuk ke kelas.

Pelajar juga diminta untuk mencuci tangan dan memakai pelitup muka sebelum masuk ke kelas masing-masing dan memulakan sesi pembelajaran.

Continue Reading

Previous: Tingkat purata pendapatan isi rumah RM16,000 sebulan
Next: Salah faham cetus pergaduhan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.