Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Pematuhan pemasangan tanda harga di bazar Ramadan tinggi, memuaskan – KPDN
  • SEMASA

Pematuhan pemasangan tanda harga di bazar Ramadan tinggi, memuaskan – KPDN

Utusan Sarawak 5 hours ago
TINJAUAN di bazar Ramadan Presint 3 mendapati semua gerai menjual makanan dan minuman mempamerkan tanda harga, memudahkan pelanggan membuat perbandingan. Foto hiasan.

PUTRAJAYA: Pematuhan pemasangan tanda harga di bazar Ramadan ketika ini adalah sangat tinggi dan memuaskan, kata Ketua Pengarah Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Azman Adam.

Beliau bagaimanapun berkata, KPDN menerusi Bahagian Penguat Kuasa akan terus melaksanakan pemantauan ketat di semua bazar Ramadan bagi memastikan para peniaga sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan.

“Walaupun tahap pematuhan adalah tinggi, KPDN tetap menegaskan tiada kompromi akan diberikan kepada segelintir peniaga yang masih ingkar, dan tindakan tegas boleh diambil serta-merta di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011,” katanya kepada Bernama.

Azman berkata, antara faktor kejayaan pematuhan tinggi dalam kalangan peniaga bazar Ramadan adalah keberkesanan advokasi dan strategi ‘omnipresence’ yang diterapkan Bahagian Penguat Kuasa KPDN.

“Hasil kerja keras pegawai di lapangan memberi penerangan sebelum pelaksanaan bazar Ramadan telah menunjukkan majoriti besar peniaga memahami tanggungjawab mereka untuk mempamerkan tanda harga dengan jelas bagi memudahkan pengguna.

“Kehadiran pegawai penguat kuasa secara berterusan di lokasi bazar bertindak sebagai peringatan efektif kepada peniaga untuk sentiasa mematuhi peraturan tanda harga.

Berdasarkan statistik Ops Pantau 2025, beliau berkata, data menunjukkan kadar pematuhan yang tinggi secara keseluruhan dengan jumlah kes yang sangat kecil berbanding pemeriksaan besar-besaran, iaitu 23,111 premis telah diperiksa.

“Hanya satu kes direkodkan di bazar Ramadan di seluruh negara pada Op Pantau 2025. Kesalahan utama yang dikesan tahun lepas melibatkan kegagalan meletakkan tanda harga dan ketidakpatuhan kepada Akta Timbang Sukat,” katanya.

Sebelum ini, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali mengingatkan peniaga bazar Ramadan supaya mematuhi peraturan jualan termasuk meletakkan tanda harga atau berhadapan tindakan tegas.

Armizan berkata aspek pematuhan peraturan di bazar Ramadan tidak boleh dipandang ringan dan penguat kuasa KPDN akan melakukan rondaan bagi memantau elemen pencatutan serta pematuhan peniaga terhadap kewajipan itu. 

Tinjauan Bernama di Bazar Ramadan Presint 3 di sini mendapati peniaga mematuhi ketetapan mempamerkan tanda harga di setiap gerai jualan makanan dan minuman, sekali gus membolehkan pelanggan membuat perbandingan harga sebelum membeli. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Gempa bumi 5.9 magnitud landa Wilayah Papua New Guinea
Next: Formula Geran Khas 112D dibincang sebelum Aidilfitri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.