Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Pemasangan kamera keselamatan di sekolah seluruh negara secara berfasa
  • PENDIDIKAN

Pemasangan kamera keselamatan di sekolah seluruh negara secara berfasa

Utusan Sarawak 4 hours ago
LAWATAN KERJA… Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek bersama pegawai-pegawai kanan Kementerian Pendidikan (KPM) mengadakan lawatan kerja ke SK Limpaku Pinang, Limbang, hari ini.

LIMBANG: Kementerian Pendidikan (KPM) telah membelanjakan sebanyak RM8 juta bagi pemasangan sistem kamera litar tertutup (CCTV) di sekolah-sekolah seluruh negara secara berfasa.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata kementerian itu turut merancang pelaksanaan pemasangan CCTV sebagai langkah memperkasa keselamatan fizikal di sekolah.

“Secara keseluruhan, kita melaksanakan pemasangan CCTV ini secara berfasa. Ada sekolah yang telah mula menerima pemasangan CCTV dan ada juga yang masih dalam perancangan. Setakat ini, kita telah membelanjakan lebih kurang RM8 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas lawatan ke Sekolah Kebangsaan (SK) Limpaku Pinang, Limbang, hari ini.

Menurutnya, pelaksanaan inisiatif itu akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan aspek keselamatan di sekolah dapat dipantau secara menyeluruh.

“Jadi saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan semua pihak, termasuk ibu bapa, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan pihak sekolah supaya sama-sama bekerjasama dalam isu keselamatan anak-anak serta sentiasa menekankan aspek keselamatan kepada mereka,” katanya.

Beliau turut memaklumkan sebanyak RM272,875.50 telah disalurkan kepada SK Limpaku Pinang bagi inisiatif penyelenggaraan kuarters, penambahbaikan prasekolah dan menaik taraf tangki air bagi memastikan persekitaran sekolah lebih selesa dan kondusif untuk guru serta murid.

Bagi menyokong pembelajaran digital, seunit papan pintar daripada Yayasan Guru Tun Hussein Onn serta 20 tablet daripada Yayasan Didik Negara turut disumbangkan kepada sekolah berkenaan.

Beliau berkata, sebanyak RM10,000 diperuntukkan di bawah Program Sokongan Profesional (PSP) Dasar Pendidikan Digital (DPD) bagi memperkukuh pelaksanaan inisiatif digital di sekolah tersebut.

Peruntukan itu bertujuan memperkasa kompetensi guru dalam pengintegrasian teknologi sekali gus memastikan keberkesanan pelaksanaan pembelajaran digital di bilik darjah.

Selain itu, sebanyak 33 set sokongan persekolahan murid turut disumbangkan.

Oleh Adeng Edrus

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Fadhlina puji inisiatif pendidikan percuma kerajaan Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.