
KOTA SAMARAHAN: Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sarawak melalui Unit Komunikasi dan Dron melaksanakan pemantauan udara menggunakan dron bagi Operasi Monsun Timur Laut (MTL) di Zon Selatan, melibatkan kawasan Kampung Endap, di sini, hari ini.
Pemantauan tersebut bertujuan mendapatkan gambaran menyeluruh kawasan terlibat dengan lebih pantas dan berkesan bagi membantu penilaian awal situasi serta perancangan tindakan susulan sekiranya berlaku peningkatan risiko bencana.

Menurut APM Sarawak, penggunaan dron memainkan peranan penting dalam mempertingkat kecekapan pemantauan terutama di kawasan berisiko, sekali gus menyokong kesiapsiagaan pasukan dalam menghadapi kemungkinan bencana sepanjang tempoh MTL.
APM Sarawak turut menegaskan komitmen untuk meneruskan pemantauan secara berterusan dan bersedia menggerakkan aset serta anggota sekiranya keadaan memerlukan, demi memastikan keselamatan dan kesejahteraan penduduk setempat sentiasa terjamin.