Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pemantauan projek pembangunan ditekankan demi manfaat rakyat di DUN Bukit Kota
  • Utara
  • WILAYAH

Pemantauan projek pembangunan ditekankan demi manfaat rakyat di DUN Bukit Kota

Utusan Sarawak 5 hours ago
SANTUNI ASNAF…Dr Abdul Rahman (tiga kiri) menyerahkan sumbangan kepada golongan asnaf pada majlis itu, kelihatan Zahedi (dua kiri) dan Yusuf (dua kanan).

LIMBANG: Pemantauan berterusan terhadap projek pembangunan akan dijalankan bagi memastikan ia menepati keperluan rakyat serta memberi manfaat jangka panjang.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, berkata langkah berterusan itu bertujuan menjamin projek yang dilaksanakan memberi impak positif kepada penduduk.

“Usaha ini bagi memastikan setiap keperluan rakyat diberi perhatian dan projek yang dilaksanakan memberi manfaat kepada penduduk,” katanya ketika berucap pada Program Badudun Ramadan di Kampung Bukit Kota baru-baru ini.

AMANAT…Dr Abdul Rahman menyampaikan amanat ringkas dalam Program Badudun Ramadan di Kampung Bukit Kota.

Dr Abdul Rahman menjelaskan pelbagai kemudahan asas di Kampung Bukit Kota terus dipertingkatkan secara berperingkat, termasuk kerja menaik taraf prasarana dan kemudahan awam demi keselesaan penduduk setempat.

Pada majlis sama, beliau turut meluluskan sumbangan karpet baharu kepada Surau Setia Bakti bagi meningkatkan keselesaan jemaah menunaikan ibadah, khususnya sepanjang Ramadan. Beliau berharap penduduk terus mengimarahkan surau dengan solat berjemaah dan tadarus al-Quran bagi menyemarakkan suasana Ramadan.

Selain itu, Pusat Khidmat Masyarakat DUN Bukit Kota turut menyampaikan sumbangan kepada 10 asnaf sebagai tanda keprihatinan terhadap golongan memerlukan.

Turut hadir, Penghulu Zahedi Asol, Ketua Kampung Bukit Kota merangkap Pengerusi Surau Setia Bakti, Yusuf Tuah, serta Setiausaha Eksekutif Pusat Khidmat Masyarakat DUN Bukit Kota, Roslan Abdul Rahman.

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: Buaya 4.37 meter diserahkan kepada Perbadanan Perhutanan Sarawak selepas ditangkap
Next: Ops Patuh JPJ Betong periksa 98 kenderaan, pelbagai kesalahan dikesan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.