Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Pemantauan projek luar bandar Sarawak perkukuh hasil nyata untuk rakyat
  • TEMPATAN

Pemantauan projek luar bandar Sarawak perkukuh hasil nyata untuk rakyat

Utusan Sarawak 2 days ago

TAKLIMAT… Dato Sri Rohani Abdul Karim yang hadir ke sesi taklimat dan lawatan pemantauan projek pembangunan yang diadakan di sebuah hotel di sini semalam.

MIRI: Satu sesi taklimat dan lawatan pemantauan projek pembangunan telah diadakan bersama Penasihat di Pejabat Premier Sarawak (Pemantauan Projek dan Program Luar Bandar), Dato Sri Rohani Abdul Karim, di sebuah hotel di sini semalam.

Menurut kenyataan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak, taklimat itu menekankan kepentingan memastikan setiap projek memenuhi matlamat asal dari segi kos, masa, dan kualiti.

TAKLIMAT… Dato Sri Rohani Abdul Karim yang hadir ke sesi taklimat dan lawatan pemantauan projek pembangunan yang diadakan di sebuah hotel di sini semalam.

“Ia bertujuan mengenal pasti isu serta cabaran agar penyelesaian segera dapat dilaksanakan di lapangan, selain memperkukuh koordinasi antara agensi Persekutuan dan kerajaan Sarawak,” katanya.

Dato Sri Rohani menegaskan bahawa setiap peruntukan yang dibelanjakan mesti menghasilkan hasil nyata untuk rakyat dan mendokong amalan terbaik supaya kejayaan projek boleh dijadikan contoh di lokasi lain.

Pada sebelah petang, lawatan pemantauan diteruskan ke beberapa tapak projek pembangunan bersama Pengarah Unit Pemantauan Pelaksanaan Sarawak, Sapiah Daud, dan Penolong Jurutera Bahagian (Pembangunan) JKR Miri, Louis Jonathan Philip.

Antara projek yang dilawati ialah menaik taraf jalan pesisir dari simpang Sepupok, Niah ke Kampung Bakam, projek pembangunan sekolah daif di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Selanyau, Bekenuserta projek pembangunan sekolah daif Sarawak bernilai RM1 bilion (Fasa 3) di SK Lambir Village, Lambir.

Lawatan ini mencerminkan komitmen kerajaan untuk memastikan projek luar bandar dilaksanakan secara berkesan, memberi impak positif dan manfaat langsung kepada masyarakat setempat.

Oleh Adum Liu

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Mesyuarat jawatankuasa pengelola diadakan bagi jayakan sambutan ulang tahun Tun Wan Junaidi
Next: Sarawak government’s commitment to safeguard religious harmony, says Sebastian Ting

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.