Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pemantauan MTL, paras air sungai kawasan Terminal Wharf I menurun
  • WILAYAH

Pemantauan MTL, paras air sungai kawasan Terminal Wharf I menurun

Utusan Sarawak 10 hours ago
PARAS AIR… Anggota bomba menjalankan pemantauan paras air di kawasa Terminal Wharf I, tengah malam tadi. Foto BBP Sarikei

SARIKEI: Pemantauan monsun timur laut (MTL) mendapati paras air sungai di kawasan Terminal Wharf I berada dalam keadaan surut dan menunjukkan trend menurun.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, Arrahman Chik, berkata pemantauan telah dijalankan pada 12.00 tengah malam tadi.

“Rondaan pemantauan melibatkan kekuatan tiga orang anggota bomba.

“Hasil pemantauan mendapati paras air sungai di kawasan yang dipantau berada dalam keadaan baik dan terkawal,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, semasa pemantauan pihaknya, keadaan cuaca sedang hujan renyai.

“Keadaan di kawasan rendah berisiko banjir didapati selamat dan pemantauan akan diteruskan dari semasa ke semasa,” katanya.

Oleh Earl Anek

Tags: Tengah

Continue Reading

Previous: Jalan utama Batu Niah ke Lebuh Raya Pan Borneo Simpang Ngu masih tidak boleh dilalui
Next: Tiga jambatan luar bandar Sarikei diluluskan untuk dibina semula

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.