Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pemantauan MTL: Paras air kawasan Jalan Wharf kekal terkawal
  • Tengah
  • WILAYAH


Pemantauan MTL: Paras air kawasan Jalan Wharf kekal terkawal

Utusan Sarawak 6 hours ago
PARAS AIR….Anggota bomba memantau paras air di kawasan Jalan Wharf, tengah malam tadi. Foto BBP Sarikei

SARIKEI: Rondaan pemantauan Monsun Timur Laut (MTL) oleh pihak bomba mendapati paras air di kawasan Jalan Wharf berada dalam keadaan surut dan terkawal.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei, Arrahman Chik, berkata pemantauan tersebut dilaksanakan pada 12.01 tengah malam tadi.

“Seramai dua anggota bomba bertugas menjalankan rondaan pemantauan di kawasan Jalan Wharf.

“Hasil pemantauan mendapati paras air di kawasan Jalan Wharf berada dalam keadaan terkawal,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, rondaan pemantauan dilakukan di lokasi yang dikenal pasti sebagai kawasan rendah berisiko banjir sepanjang musim MTL.

“Trend paras air semasa pemantauan menunjukkan sedang surut.

“Keadaan cuaca juga didapati baik dan tidak menjejaskan keselamatan di kawasan rondaan,” tambahnya.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Dato’ Sri Huang Tiong Sii terus santuni rakyat memerlukan di Parlimen Sarikei
Next: Cahaya Jalur Gemilang hiasi bandar raya Kuching, tanda sokongan padu Sukan SEA 2027

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.