Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pemantauan keselamatan Jejambat Medan Jaya dipertingkat sempena musim perayaan
  • Utara
  • WILAYAH

Pemantauan keselamatan Jejambat Medan Jaya dipertingkat sempena musim perayaan

Utusan Sarawak 5 hours ago
JOHNNY Pang Leong Ming meneliti pelan projek bersama pegawai Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) dan pihak kontraktor semasa lawatan tapak pembinaan Jejambat Medan Jaya di Bintulu.

BINTULU: Pemantauan keselamatan dan kawalan trafik di kawasan pembinaan Jejambat Medan Jaya terus dipertingkat bagi memastikan pergerakan kenderaan berjalan lancar sepanjang musim perayaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming berkata, langkah tersebut penting berikutan peningkatan jumlah kenderaan serta kehadiran pengguna jalan raya dari luar kawasan menjelang musim cuti sempena sambutan Tahun Baharu Cina (TBC), yang kebanyakannya tidak biasa dengan keadaan jalan di kawasan berkenaan.

Menurut beliau, antara fokus utama ketika ini adalah memastikan papan tanda keselamatan dipasang dengan jelas, laluan sementara disusun dengan teratur serta had kelajuan dipatuhi oleh semua pemandu.

JOHNNY Pang Leong Ming berbincang dengan pegawai JKR dan wakil agensi pelaksana mengenai langkah keselamatan serta susun atur laluan sementara di kawasan pembinaan.

Katanya, kawasan tersebut masih berada dalam fasa pembinaan dan melibatkan lencongan sementara serta penggunaan lampu isyarat sementara yang memerlukan perhatian penuh pengguna jalan raya.

“Pemandu perlu lebih berhati-hati, mematuhi had kelajuan antara 30 hingga 50 kilometer sejam serta tidak memandu secara tergesa-gesa, terutama ketika musim perayaan,” katanya kepada pihak media semasa meninjau tapak pembinaan Jejambat Medan Jaya bersama agensi berkaitan dan pihak kontraktor hari ini.

Beliau turut memaklumkan bahawa pihak kontraktor telah menyediakan pasukan sokongan (pekerja), peralatan dan bahan binaan di tapak sepanjang tempoh perayaan bagi menangani sebarang kerosakan jalan dengan segera.

STRUKTUR utama Jejambat Medan Jaya yang sedang dalam pembinaan, dengan kerja-kerja pemasangan dan penyelenggaraan infrastruktur dijalankan secara berperingkat.

Tambahnya, langkah sementara seperti menutup lubang jalan dan menambah bahan sokongan akan dilaksanakan sekiranya kerja pembaikan penuh tidak dapat dilakukan dalam tempoh cuti.

Dalam pada itu, beliau menggesa pengguna jalan raya supaya sentiasa memberi kerjasama, mematuhi arahan keselamatan dan merancang perjalanan lebih awal bagi mengelakkan kesesakan.

Mengulas perkembangan semasa projek, beliau berkata, pembinaan Jejambat Medan Jaya kini telah mencapai lebih 70 peratus siap walaupun mengalami sedikit kelewatan sebelum ini.

Katanya, baki sekitar 30 peratus lagi kerja sedang giat dilaksanakan dan dijadualkan siap sepenuhnya menjelang Disember tahun ini.

Sehubungan itu, beliau turut mengingatkan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) supaya terus memantau jadual serta kemajuan projek bagi memastikan aspek keselamatan sentiasa diberi keutamaan.

Oleh Carolyne Utih

Continue Reading

Previous: IPD Lubok Antu perkukuh hubungan komuniti, perkasakan kesedaran jenayah siber
Next: Sumbangan kebajikan ringankan beban anggota polis

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.