Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pemantauan kawasan berisiko banjir di Saratok terkawal
  • Tengah
  • WILAYAH

Pemantauan kawasan berisiko banjir di Saratok terkawal

Utusan Sarawak 10 hours ago
PEMANTAUAN rapi di beberapa kawasan berisiko banjir berikutan Monsun Timur Laut di Kampung Lot Bunian dan Kampung Tanjung hari ini. Foto: APM Saratok

SARATOK: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Saratok telah melaksanakan pemantauan rapi di beberapa kawasan berisiko banjir berikutan Monsun Timur Laut (MTL) yang sedang melanda ketika ini.

Menurut kenyataan APM Daerah Saratok, pemantauan berkenaan dijalankan sebagai langkah kesiapsiagaan awal bagi memastikan keselamatan penduduk setempat sentiasa terjamin sepanjang tempoh monsun.

Antara kawasan yang terlibat dalam pemantauan tersebut termasuk Kampung Lot Bunian, Kampung Tanjung, kawasan Sungai Melango serta Kampung Pagan yang dikenal pasti sebagai kawasan berpotensi terjejas sekiranya berlaku peningkatan paras air.

PEMANTAUAN rapi di beberapa kawasan berisiko banjir berikutan Monsun Timur Laut di kawasan Sungai Melango serta Kampung Pagan hari ini. Foto: APM Saratok

Hasil pemantauan mendapati paras air di kawasan terlibat menunjukkan trend surut secara berperingkat walaupun hujan renyai-renyai masih berlaku di beberapa lokasi sekitar daerah itu.

Keadaan cuaca semasa dilaporkan stabil dan tidak menunjukkan sebarang peningkatan mendadak paras air yang boleh mencetuskan situasi banjir dalam masa terdekat.

Setakat ini, tiada sebarang kejadian kecemasan atau pemindahan penduduk dilaporkan, dan situasi keseluruhan adalah dalam keadaan terkawal.

APM Daerah Saratok turut memaklumkan bahawa anggota mereka berada dalam keadaan siap siaga sepenuhnya bagi menghadapi sebarang kemungkinan bencana, termasuk banjir kilat atau kenaikan paras sungai secara mendadak.

Dalam pada itu, orang awam dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada, memantau perkembangan cuaca semasa serta mematuhi segala arahan dan nasihat yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dari semasa ke semasa.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Tujuh projek RTP DUN Kalaka dilulus, pelaksanaan bermula tahun iniĀ 
Next: Susun atur program kebajikan, keagamaan jadi fokus mesyuarat LAKIS Saratok 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.