Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pemantauan kawasan berisiko banjir di Daerah Sebuyau
  • Selatan
  • WILAYAH

Pemantauan kawasan berisiko banjir di Daerah Sebuyau

Utusan Sarawak 18 hours ago
PEMANTAUAN di kampung Stika. Foto APM Sebuyau

SEBUYAU: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Sebuyau telah melaksanakan pemantauan kawasan berisiko banjir melibatkan beberapa kampung sekitar daerah ini berikutan hujan berterusan dan fenomena air pasang.

Hasil pemantauan mendapati paras air di Kampung Stika menunjukkan kenaikan dan bertakung akibat hujan serta air pasang yang berlaku.

Walau bagaimanapun, keadaan masih dalam tahap terkawal dan berada di bawah pemantauan rapi pihak APM.

PEMANTAUAN di Kampung Mambai dan Kampung Nap. Foto APM Sebuyau

Sementara itu, pemantauan di Kampung Nap, Kampung Mambai, Kampung Pejagu dan Kampung Beliong Hilir mendapati paras air di kawasan tersebut berada dalam keadaan normal dan terkawal, tanpa sebarang ancaman segera kepada keselamatan penduduk setempat.

Pemantauan ini dilaksanakan bagi menilai paras air semasa, keadaan cuaca, serta tahap keselamatan penduduk, selain memastikan tindakan awal dapat diambil sekiranya berlaku sebarang perubahan atau peningkatan paras air.

APM Daerah Sebuyau menegaskan bahawa pihaknya sentiasa berada dalam keadaan bersiap siaga untuk mengambil tindakan lanjut sekiranya situasi banjir menjadi lebih serius.

Orang awam dinasihatkan berwaspada dan menghubungi pihak berkuasa jika berlaku kecemasan melalui talian 013-911 3937 atau 999.

Maklumat lanjut boleh diperoleh di media sosial APM Sebuyau di Facebook, TikTok, Instagram dan Twitter.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Tanah runtuh akibat hujan lebat berterusan
Next: PPS Dewan Suarah dibuka, 39 mangsa daripada 12 keluarga dipindahkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.