Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Pemantauan fenomena air pasang dipertingkatkan
  • TEMPATAN

Pemantauan fenomena air pasang dipertingkatkan

Utusan Sarawak 4 years ago
TERJEJAS…Antara kawasan yang dinaiki air pasang yang dipantau oleh anggota bomba, petang dan malam kelmarin.• Foto Ihsan BBP Sarikei

SARIKEI: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarikei telah menjalankan pemantauan fenomena air pasang di beberapa kawasan rendah disini sejak kelmarin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, PPgB Mahmudin Narudin berkata, pemantauan air pasang sentiasa diteruskan oleh pihaknya bagi memastikan keselamatan penduduk yang terjejas akibat fenomena air pasang.

“Semalam (kelmarin) kami telah memantau di beberapa kawasan rendah yang dinaiki air pasang.

“Pemantauan yang bemula 6.10 petang dijalankan oleh dua anggota bomba dan pemantauan diteruskan pada sebelah malam sekitar 8.15 malam,” katanya ketika dihubungi Utusan Sarawak, pagi semalam.

Katanya, antara kawasan yang dipantau ialah sekitar Jalan Cempaka, kawasan pasar, Jalan, Jalan Pisang Emas, Jalan Pedada, Jalan Rentap, Jalan Melor, Jalan Rambai dan Jalan Bunga Raya (Taman Lalulintas).

“Ketika rondaan dijalankan, keadaan paras air naik di setiap lokasi rondaan dan keadaan masih dalam keadaan terkawal.

“Saya berharap, ibu bapa di kawasan yang terjejas dengan air pasang ini sentiasa memerhatikan anak-anak kecil mereka supaya tidak bermain air pasang yang boleh mengundang bahaya, lebih-lebih lagi sekiranya tidak pandai berenang.

“Hubungi pihak bomba sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini seperti rumah dinaiki binatang berbisa dan berbahaya semasa air pasang,” ujarnya.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: Lo Khere Chiang terharu dengan kerjasama penduduk
Next: Pembalak haram tumpas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.