Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pemantauan catat kenaikan paras air sungai Katibas, Chapi dan Rajang
  • Tengah
  • WILAYAH

Pemantauan catat kenaikan paras air sungai Katibas, Chapi dan Rajang

Utusan Sarawak 2 days ago
PEMANTAUAN di Terminal Bot Ekspres Song mendapati paras air di Sungai Rajang menaik dan masih dalam pemantauan.

SONG: Hasil pemantauan mendapati paras air Sungai Katibas, Sungai Chapi dan Sungai Rajang di sini menunjukkan trend menaik pagi tadi.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kapit, Kapt (PA) Frankie John berkata, pemantauan di lokasi pertama pada 10.29 pagi, Rumah Mohd Edwin di Sungai Katibas mendapati paras air dalam keadaan menaik dan masih dalam pemantuan.

“Lokasi kedua Kampung Alai Sungai Chapi dan mendapati paras air dalam keadaan menaik dan masih dalam pemantuan.

“Lokasi ketiga, Terminal Bot Ekspres Song mendapati paras air di Sungai Rajang menaik dan masih dalam pemantauan,” ujarnya menerusi kenyataan.

Katanya, keadaan semasa di lokasi pemantauan adalah dalam keadaan terkawal dan tiada sebarang insiden bencana dan kecemasan berlaku.

“Penduduk yang berada di lokasi dinasihatkan supaya sentiasa peka dengan keadaan paras air sungai dan parit,” katanya.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Lelaki 28 tahun dikhuatiri lemas selepas jatuh dari perahu di Sungai Batang Oya
Next: Pertandingan Gudi Sauk tertutup Kabong meriahkan sambutan Tahun Baharu 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.