Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pemantauan banjir, Monsun Timur Laut di Daerah Matu dan Daro
  • Tengah
  • WILAYAH

Pemantauan banjir, Monsun Timur Laut di Daerah Matu dan Daro

Utusan Sarawak 19 hours ago
PEMANTAUAN di Pekan Matu. Foto BBP Daro

MATU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak melalui Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daro telah melaksanakan pemantauan banjir dan Monsun Timur Laut di beberapa lokasi terjejas sekitar Daerah Matu dan Daro, bermula 8.20 malam hingga 9.50 malam, semalam.

Hasil pemantauan mendapati beberapa kawasan kampung dan laluan utama dinaiki air, namun kebanyakan paras air dilaporkan berada dalam keadaan terkawal dan menunjukkan trend surut, walaupun cuaca hujan berterusan.

PEMANTAUAN di SK Orang Kaya Sergunim Jemoreng dan Jalan SMK Matu. Foto BBP Daro

Di Kampung Jemoreng, Matu, laluan dalam kampung tidak dapat dilalui kenderaan kecil dengan paras air setinggi kira-kira satu kaki, menyebabkan penduduk terpaksa menggunakan perahu untuk bergerak ke jalan utama. Keadaan paras air bagaimanapun dilaporkan mulai surut.

Keadaan sama turut dilaporkan di Kampung Treng, Matu apabila laluan dalam kampung dinaiki air setinggi satu kaki, mengakibatkan pergerakan penduduk menggunakan perahu dan berjalan kaki untuk ke jalan utama. Paras air di kawasan tersebut juga menunjukkan penurunan.

PEMANTAUAN di Kampung Treng, Matu dan Kampung Pangtray Daro. Foto BBP Daro

Sementara itu, di Kampung Sok, Matu, laluan dalam kampung tidak dapat dilalui kenderaan kecil dengan paras air sekitar setengah kaki, namun penduduk masih boleh bergerak ke jalan utama dengan berjalan kaki. Paras air di kawasan ini turut dilaporkan mulai surut.

Di Pekan Matu termasuk Kampung Sekaan Besar, laluan utama tidak dapat dilalui kenderaan kecil akibat paras air mencecah satu setengah kaki.

Penduduk menggunakan perahu serta berjalan kaki bagi urusan harian ke kedai, klinik dan pejabat pos. Paras air di kawasan tersebut juga dilaporkan semakin surut.

Bagi Jalan SMK Matu, laluan ke sekolah masih ditenggelami air sedalam setengah kaki, namun keadaan paras air menunjukkan trend penurunan.

Di Kampung Pangtray, Daro, laluan utama masuk ke kampung masih boleh dilalui kenderaan kecil walaupun paras air berada pada setengah kaki, manakala laluan dalam kampung tidak dapat dilalui kenderaan kecil dengan paras air sekitar satu kaki.

Sementara itu, di Jeti Pekan Daro, tiada laluan dinaiki air dilaporkan, namun keadaan air sungai didapati pasang, dengan cuaca hujan berterusan.

Menurut Laporan Komander Operasi, kebanyakan laluan yang dinaiki air telah menunjukkan penurunan paras air dan situasi keseluruhan masih dalam keadaan terkawal.

Walau bagaimanapun, rondaan berkala akan terus dilaksanakan berikutan hujan berterusan sejak pagi. Operasi pemantauan ini dijalankan dengan kekuatan logistik sebuah kenderaan Toyota Hilux melibatkan tiga anggota BBP Daro.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Monsun Timur Laut: Bomba Bintangor pantau tiga kawasan rendah
Next: Tanah runtuh di Jalan Miri – Marudi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.