Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pemantauan banjir dipertingkat di Sebuyau, beberapa laluan terjejas
  • Tengah
  • WILAYAH

Pemantauan banjir dipertingkat di Sebuyau, beberapa laluan terjejas

Utusan Sarawak 1 day ago
SEKITAR pemantauan APM di beberapa kawasan berisiko banjir di Zon Sebuyau dan Sebangan hari ini.

SEBUYAU: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sebuyau melaksanakan pemantauan rapi di beberapa kawasan berisiko banjir di Zon Sebuyau dan Sebangan berikutan hujan berterusan yang melanda daerah itu hari ini.

Menurut kenyataan APM hari ini, pemantauan yang dijalankan dari 9.24 pagi hingga 11.26 pagi itu melibatkan kekuatan empat anggota APM dengan sokongan dua kenderaan logistik, bertujuan menilai paras air sungai serta tahap keselamatan penduduk di kawasan terjejas.

Katanya, antara lokasi yang dipantau di Zon Sebuyau ialah Kampung Entanggor, Kampung Bulan dan Sekolah Kebangsaan Lunying, manakala Zon Sebangan melibatkan Kampung Stika, Kampung Pantu Plaie, Kampung Ladong dan Kampung Seruyuk.

“Di Kampung Stika, paras air banjir dianggarkan setinggi 1.10 meter dengan trend masih menaik, menyebabkan semua laluan tidak dapat dilalui oleh kenderaan dan orang awam.

SEKITAR pemantauan APM di beberapa kawasan berisiko banjir di Zon Sebuyau dan Sebangan hari ini.

“Keadaan sama turut direkodkan di Kampung Pantu Plaie apabila paras air mencecah kira-kira 2.0 meter, walaupun menunjukkan penurunan secara perlahan, namun laluan masih tidak boleh dilalui.

“Kampung Ladong dan Kampung Seruyuk mencatatkan paras air sekitar 2.20 meter, namun laluan masih boleh digunakan oleh semua jenis kenderaan dan penduduk setempat.

“Bagi Kampung Entanggor, Kampung Bulan dan SK Lunying pula, aliran air parit didapati lancar dan keadaan masih terkawal setakat ini,” katanya dalam kenyataan.

APM turut menjalankan pemeriksaan di kawasan kediaman penduduk yang terjejas, dengan paras air masih menggenangi halaman rumah sehingga paras betis orang dewasa. Pengukuran paras air dilakukan menggunakan penanda aras bagi tujuan rekod dan pemantauan berterusan.

“Walaupun keadaan air masih mengalami turun naik, situasi dilaporkan beransur stabil dan penduduk kekal berada di kediaman masing-masing sambil memantau perkembangan semasa.

Sebagai langkah keselamatan, APM meneruskan pemantauan dan penilaian risiko, selain mengeluarkan amaran awal kepada penduduk melalui ketua kampung, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), aplikasi WhatsApp komuniti serta pembesar suara bergerak. Penduduk turut dinasihatkan supaya bersedia untuk pemindahan awal sekiranya hujan berterusan.

Dalam masa sama, tahap kesiapsiagaan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) turut disemak bagi memastikan lokasi, kapasiti, kebersihan serta bekalan asas berada dalam keadaan siap siaga.

Menurut APM, pemantauan akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan penduduk serta perkembangan paras air sentiasa terkawal.

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Jumlah 135 mangsa di PPS catat penurunan
Next: AADK Sibu fokus hala tuju strategik dan perancangan 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.