Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • Pemantau maya tingkat penjagaan kesihatan jemaah haji
  • KESIHATAN

Pemantau maya tingkat penjagaan kesihatan jemaah haji

Utusan Sarawak 5 days ago
GAMBAR hiasan.

MAKKAH: King Abdullah Medical City (KAMC) di Makkah, yang merupakan sebahagian penting daripada Kluster Kesihatan Makkah, telah melancarkan perkhidmatan pemantauan kesihatan jarak jauh menggunakan jam tangan pintar bagi menyokong jemaah haji, khususnya mereka yang menerima rawatan menerusi Seha Virtual Hospital.

Langkah itu sekali gus meningkatkan penjagaan kesihatan digital dan memastikan pemantauan berterusan terhadap tahap kesihatan jemaah, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).

Pada masa ini, KAMC sedang memantau keadaan seorang jemaah dari Bangladesh yang telah menjalani pembedahan kecemasan dan berjaya di Pusat Jantung hospital itu selepas diserang sakit jantung yang serius.

Pasukan perubatan khas kini meneruskan pemantauan terhadap keadaan pesakit itu dari jauh menerusi penunjuk penting yang dihantar melalui jam tangan pintar, membolehkannya menunaikan ibadah haji bersama kumpulannya.

Teknologi inovatif itu menggunakan jam tangan pintar canggih yang direka menyerupai jam tangan biasa, bagi memastikan privasi dan keselesaan pesakit tanpa menarik perhatian atau menimbulkan rasa terasing. Pendekatan itu turut memberikan penenteraman psikologi yang penting, melengkapi rawatan perubatan kritikal.

-Bernama

Tags: Kesihatan

Continue Reading

Previous: KKM lancar lima dokumen utama berhubung penyakit talasemia
Next: Indonesia sahkan 7 kes baharu COVID-19 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.