
LIMBANG: Pemandu treler gagal mengawal lori treler yang dipandu hingga terbalik di Jalan Kampung Tabahan, di sini, hari ini.
Ketua Bomba Zon Tujuh Limbang, Ramlan Marajan berkata sebaik menerima laporan kecemasan berhubung insiden itu 1.02 petang, sepasukan anggotanya bergegas ke lokasi jauhnya 10 kilometer (km) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang.
Beliau berkata setiba pasukan keluaran di lokasi, pemantauan dilakukan dan mendapati kemalangan kendiri melibatkan lori treler yang terbalik.

“Terdapat seorang mangsa dalam lori tersebut dalam keadaan mangsa tersepit, sedar dan cedera dibahagian tangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Pasukan operasi bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit tadi dengan melakukan regangan menggunakan peralatan hidraulik sehingga mangsa berjaya dikeluarkan dan seterusnya menyerahkan mangsa kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk rawatan lanjut.
Oleh Adeng Edrus