

PEMANDU TRELER….Cedera parah selepas kenderaan dipandunya terbabit dalam kemalangan kendiri di Batu 40, Jalan Sungai Kua, hari ini.
SELANGAU: Pemandu treler parah selepas kenderaan dipandunya terbabit dalam kemalangan kendiri di Batu 40, Jalan Sungai Kua, hari ini.
Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selangau bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada 9.49 pagi.
“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di lokasi kejadian didapati kemalangan kendiri melibatkan sebuah lori (kepala trailer) dan terdapat seorang mangsa (pemandu) mengalami kecederaan parah.
“Mangsa berusia 34 tahun berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan PKO di lokasi,” katanya menerusi kenyataan, hari ini
Katanya, mangsa seterusnya distabilkan oleh anggota bomba dan diserahkan kepada pihak ambulan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menerima rawatan dan dihantar ke hospital dengan menggunakan ambulan.
“Kerja-kerja pembersihan menggunakan satu aliran salur bantu mula, satu nozel dan sumber air dari jentera,” katanya.
Oleh Akun Giman