
PETRA JAYA: Seorang pemandu lori simen tersepit selepas kenderaan yang dipandunya terbabas sendiri dalam satu kemalangan jalan raya di Bulatan Demak Laut, di sini, hari ini.
Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sarawak menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 2.50 petang.

“Kemalangan kendiri tersebut melibatkan lori simen yang terbabas ke tepi jalan, menyebabkan pemandunya tersepit di dalam kenderaan berkenaan,” jelas Komander Operasi, PBK I Said Mohd Imran Sahul Hamid dalam satu kenyataan.
Punca kejadian serta maklumat lanjut mengenai keadaan mangsa masih dalam siasatan pihak berkuasa.