Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Pemandu teksi Jepun disyaki rogol 50 wanita, ditahan
  • GLOBAL

Pemandu teksi Jepun disyaki rogol 50 wanita, ditahan

Utusan Sarawak 5 hours ago

Gambar hiasan

TOKYO: Polis Jepun menahan seorang bekas pemandu teksi atas dakwaan merogol seorang penumpang wanita selepas memberinya ubat tidur.

Akhbar The Yomiuri Shimbun dan agensi Jiji Press melaporkan polis menemui kira-kira 3,000 video dan imej lelaki itu melakukan serangan seksual terhadap kira-kira 50 wanita di dalam teksinya atau di kediamannya.

Menurut jurucakap polis Tokyo kepada AFP, lelaki berkenaan memberikan ubat tidur kepada seorang wanita berusia 20-an yang menyebabkan mangsa tidak sedarkan diri, membawanya pulang ke rumah dan melakukan perbuatan tidak senonoh yang turut dirakamnya pada tahun lalu.

“Lelaki berusia 54 tahun itu ditahan semalam atas dakwaan melakukan hubungan seksual tanpa kerelaan dan melanggar undang-undang berkaitan rakaman bahagian sulit secara tidak sah,” katanya.

Media turut melaporkan bahawa kesan ubat tidur turut dikesan pada rambut mangsa.

Rakaman video yang ditemukan dalam telefon dan peranti lain milik suspek dipercayai bermula sejak 2008.

Media melaporkan suspek pernah ditahan pada Oktober tahun lalu atas tuduhan memberikan ubat tidur kepada seorang wanita dan merompak wanita itu sebanyak 40,000 yen (RM1,189).

Bagaimanapun, lelaki berkenaan dibebaskan sebelum ditahan semula pada Disember lalu atas dakwaan serangan tidak senonoh. – AFP

Continue Reading

Previous: Marcos arah semua setiausaha kabinet letak jawatan selepas pilihan raya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.