Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Pemandu rentung, kereta terbakar
  • TEMPATAN

Pemandu rentung, kereta terbakar

Utusan Sarawak 3 years ago

Kereta jenis Kia telah terbakar 100 peratus.

KABONG: Seorang rentung apabila kereta yang dipandunya terbakar dalam kejadian di Jalan Nyabor, Kabong, semalam.

Ketua Bomba Zon 3 Sarawak, PgB Ramlan Marajan berkata, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok telah menerima panggilan mengenai kejadian terbabit sekitar 11.01 malam.

“Seramai 10 anggota dari BBP Saratok telah dikerahkan ke lokasi kejadian bagi membantu memadamkan kebakaran pada sebuah kenderaan yang dilaporkan.

“Setibanya di lokasi kejadian, pasukan bomba mendapati sebuah kereta jenis Kia telah terbakar 100 peratus,” katanya.

Ramlan berkata, pasukan bomba telah menggunakan aliran salur bantu mula serta foam bagi memadam kebakaran tersebut.

“Terdapat seorang mangsa rentung di dalam kereta, namun jantina dan identiti mangsa masih belum dapat dipastikan,” ujarnya.

Jelasnya, api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada 11.50 malam.

“Seterusnya mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Punca kebakaran masih dalam siasatan.

Continue Reading

Previous: GPS sedia berdepan pembangkang
Next: Banyak adat lama kaum Melanau tidak lagi diamalkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.