Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Pemandu rempuhan kereta di Liverpool disyaki ambil dadah
  • SUKAN

Pemandu rempuhan kereta di Liverpool disyaki ambil dadah

Utusan Sarawak 3 days ago

Seorang penyokong dibantu anggota bomba dalam insiden yang membabitkan sebuah kereta dan penyokong semasa perarakan kemenangan.

LIVERPOOL: Seorang pemandu yang merempuh orang ramai ketika mereka sedang meraikan kejayaan Liverpool menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) kini ditahan atas dakwaan cubaan membunuh dan pengambilan dadah, menurut polis Merseyside, hari ini.

Ketika penyokong bola sepak dari dalam dan luar UK menunjukkan solidariti kepada bandar itu, polis mendedahkan bahawa 11 daripada 65 mangsa yang cedera dalam kejadian mengejutkan petang Isnin masih dirawat di hospital dalam keadaan stabil.

Perarakan kemenangan pasukan Liverpool sedang menuju ke penghujungnya di pusat bandar sebelum pemandu sebuah Ford Galaxy mengikuti ambulans yang melalui sekatan jalan lalu merempuh orang ramai, kata polis Merseyside.

Seorang lelaki berbangsa kulit putih British berusia 53 tahun ditahan. Polis segera menolak sebarang kaitan dengan keganasan.

Dia ditahan atas dakwaan cubaan membunuh, pemanduan berbahaya dan memandu di bawah pengaruh dadah, kata Penolong Ketua Polis, Jenny Sims dalam satu sidang media.

“Siasatan menyeluruh terhadap butiran kejadian ini masih dijalankan,” tambah Sims.

Ucapan takziah dan sokongan mencurah dari seluruh dunia selepas itu.

“Doa kami bersama semua yang tercedera dan terkesan. Anda tidak akan berjalan bersendirian,” kata bekas pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, merujuk kepada lagu tema ikonik kelab itu yang hanya beberapa jam sebelum itu bergema penuh kegembiraan di seluruh bandar.

Raja Charles III, yang kini berada dalam lawatan ke Kanada berkata, baginda amat terkejut dan bersedih.

“Amat menyedihkan melihat sebuah sambutan yang sepatutnya penuh kegembiraan bertukar menjadi tragedi,” titah baginda dalam satu kenyataan.

Kereta itu melanggar orang ramai yang padat di Jalan Water, sejurus selepas bas terbuka yang membawa pengurus Liverpool, Arne Slot, dan bintang pasukan seperti Mohamed Salah dan Virgil van Dijk melalui laluan itu.

Empat orang kanak-kanak turut cedera, termasuk seorang yang dilaporkan dalam keadaan serius. – AFP

Continue Reading

Previous: Amorim anggap tiada aksi Eropah beri kelebihan buat United
Next: Lautan merah, laungan ‘United’ gegarkan Stadium Nasional

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.