Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Pemandu pacuan empat roda selamat dalam kemalangan kendiri di Song
  • KEMALANGAN

Pemandu pacuan empat roda selamat dalam kemalangan kendiri di Song

Utusan Sarawak 4 hours ago
SEORANG lelaki selamat selepas terlibat dalam kemalangan kendiri di Jalan Embuau, hari ini. Foto PGO

SONG: Seorang pemandu terselamat selepas kenderaan dipandunya terbabit dalam kemalangan kendiri di Jalan Embuau di sini, pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada 7.22 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Song digerakkan ke lokasi.

“Pasukan tiba di lokasi pada 7.31 pagi, kira-kira sembilan kilometer dari balai. Kemalangan melibatkan sebuah kenderaan jenis Isuzu D-Max.

“Tiada mangsa tersepit dan pemandu dilaporkan berjaya keluar menyelamatkan diri sebelum ketibaan pihak bomba,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, tiada operasi penyelamatan dijalankan, sebaliknya pasukan bomba hanya menjalankan kerja-kerja pembersihan di lokasi bagi memastikan keadaan selamat.

Oleh Tarani Lanting 

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Penunggang motosikal maut dalam kemalangan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.