Pemandu maut, kira-kira 100 cedera dalam nahas kereta api di England

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
NAHAS perlanggaran dua kereta api di timur England mengorbankan seorang pemandu dan mencederakan kira-kira 100 penumpang, dengan sembilan daripadanya dilaporkan kritikal, menurut pihak berkuasa. Foto AGENSI

LONDON: Nahas membabitkan dua kereta api berhampiran di timur England mengorbankan seorang pemandu serta mencederakan kira-kira 100 penumpang, dengan sembilan daripada mereka berada dalam keadaan kritikal, lapor Anadolu Ajansi memetik laporan media Britain.

Penyiasat sedang berusaha mengenal pasti punca perlanggaran antara dua kereta api yang berlaku pada petang Jumaat.

Pasukan perkhidmatan kecemasan tiba di lokasi kejadian dan memberikan rawatan kepada mangsa yang cedera sebelum membawa mereka ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Datuk Bandar London Sadiq Khan dalam satu kenyataan berkata siasatan menyeluruh perlu dijalankan berhubung insiden itu.

“Ingatan dan doa saya bersama semua yang terjejas akibat nahas kereta api tragis di Bedford, yang menyaksikan seorang pemandu kereta api maut manakala ramai penumpang cedera,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada pasukan perkhidmatan kecemasan serta kakitangan pengangkutan yang bertindak balas terhadap insiden berkenaan.

“Siasatan menyeluruh mesti dijalankan dan laporannya perlu dikeluarkan secepat mungkin,” kata beliau.- Bernama-Anadolu

Getah rambut Haaland habis dijual

PRODUK getah rambut Kknekki keluaran Dooji Co. yang direka khas untuk Erling Haaland dan mencetuskan permintaan tinggi selepas dipakainya pada

Dua maut dalam nahas helikopter di Kanada

VANCOUVER: Dua maut pada Selasa selepas sebuah helikopter terhempas di kawasan terpencil di luar pantai British Columbia, Kanada, menurut media tempatan,