Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Pemandu maut, empat cedera dalam kemalangan dua kenderaan
  • KEMALANGAN

Pemandu maut, empat cedera dalam kemalangan dua kenderaan

Utusan Sarawak 8 hours ago
KEADAAN sebuah pacuan empat roda yang remuk selepas bertembung dengan kereta Proton Persona di Jalan Pantai Tanjung Batu, Bintulu malam tadi. Foto JBPM Sarawak

di BintuluBINTULU: Seorang lelaki maut manakala empat lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Pantai Tanjung Batu menghala ke Pantai ABF, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian sekitar 7.40 malam, mangsa yang memandu kereta Proton Persona, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas tersepit di tempat duduk pemandu.

TIGA mangsa yang menaiki Mitsubishi Triton cedera dalam kemalangan di Pantai Tanjung Batu, Bintulu. Foto JBPM Sarawak

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan.

“Pasukan bomba menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit, namun beliau disahkan meninggal dunia oleh pasukan Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya dalam satu kenyataan.

ANGGOTA bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kemalangan di Pantai Tanjung Batu, Bintulu. Foto JBPM Sarawak

Empat mangsa lain yang menaiki Mitsubishi Triton, termasuk dua orang kanak-kanak, berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba.

Kesemua mereka hanya mengalami kecederaan di kepala dan kaki, dan telah dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

Pasukan bomba turut menjalankan kerja-kerja pembersihan tumpahan minyak bagi memastikan keadaan jalan selamat. Operasi ditamatkan sepenuhnya pada 8.46 malam.

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Kereta bertembung lori di Bekenu, dua mangsa cedera tersepit

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.