Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Pemandu lori terlibat kemalangan maut sembilan anggota FRU direman empat hari
  • JENAYAH

Pemandu lori terlibat kemalangan maut sembilan anggota FRU direman empat hari

Utusan Sarawak 2 days ago
KETUA Polis Daerah Hilir Perak ACP Dr Bakri Zainal Abidin menenangkan waris dan kenalan mangsa yang mula berkumpul di pekarangan Unit Forensik Hospital Teluk Intan ekoran kejadian kemalangan yang membabitkan lori pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dengan lori muatan batu di Jalan Chikus-Sungai Lampam, semalam. Sembilan anggota FRU maut dalam kemalangan pagi, semalam. FotoBERNAMA

TELUK INTAN: Pemandu lori yang terlibat dalam kemalangan maut mengorbankan sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) semalam direman selama empat hari bermula hari ini.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Dr Bakri Zainal Abidin berkata perintah reman terhadap lelaki berusia 45 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Naidatul Athirah Azman di Mahkamah Majistret Teluk Intan.

Bakri berkata lelaki itu disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Seksyen itu mengenai pemanduan secara melulu dan berbahaya sehingga menyebabkan kematian yang memperuntukkan hukuman penjara antara lima hingga 10 tahun dan denda maksimum tidak lebih RM50,000, serta hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu tidak kurang lima tahun, jika sabit kesalahan.

Dalam kejadian pada 8.50 pagi semalam, lori yang dipandu lelaki itu bertembung dan merempuh trak yang membawa 18 anggota FRU yang sedang dalam perjalanan pulang ke Ipoh selepas selesai menjalankan tugas sempena perayaan Chitrapournami di sini.

Akibat kemalangan itu sembilan anggota FRU yang menaiki trak berkenaan maut, manakala sembilan lagi mengalami pelbagai kecederaan dan sedang menerima rawatan.

Sembilan anggota yang terkorban ialah Sjn Perumal a/l Sugunanathan, 44, dari Lahat, Ipoh; Sjn Mohd Roslan Abd Rahim, 46, dari Tanjung Rambutan, Ipoh; Kpl Mohd Pozli Jaudin, 41, dari Gunung Rapat, Ipoh; Kpl Nurit Ak Pandak, 34, (Kampar) dan Kpl Amiruddin Zabri, 38, (Gopeng).

Empat lagi ialah Kpl Mohamad Hilmi Mohd Azlan, 38, dari Taiping; Kpl Muhamad Akmal Muhamad, 35, dari Kuala Kurau; L/Kpl Damarrulan Abdul Latif, 33, dari Ipoh dan Konstabel Akmal Wafi Annuar, 28, dari Lunas, Kedah.

Bedah siasat terhadap semua mangsa selesai malam tadi dan proses pengebumian dijangka selesai hari ini. – Bernama

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Tiga lelaki ditahan, cubaan ceroboh kedai besi buruk gagal
Next: Lebih 60 individu akan dipanggil bantu siasatan kemalangan babitkan anggota FRU

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.