Pemandu lori pembancuh simen cedera tersepit dalam kemalangan kendiri di Simpang Samu

Facebook
WhatsApp
KEMALANGAN… Lelaki cedera selepas terlibat dalam kemalangan kendiri membabitkan lori pembancuh simen di Lebuh Raya Pan Borneo dekat Simpang Samu, tengah hari tadi. Foto PGO Bomba Sarawak

BETONG: Seorang lelaki berdepan detik cemas selepas tersepit dalam kemalangan kendiri melibatkan lori pembancuh simen di Lebuh Raya Pan Borneo dekat Simpang Samu, di sini, tengah hari tadi.

​Menurut kenyataan media Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 12.39 tengah hari.

Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong segera digerakkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan.

“Sebaik tiba di lokasi, didapati berlaku kemalangan kendiri melibatkan lori pembancuh simen dengan mangsa lelaki dewasa tersepit di bahagian tempat duduk pemandu,” menurut kenyataan itu.

KEMALANGAN… Lelaki cedera selepas terlibat dalam kemalangan kendiri membabitkan lori pembancuh simen di Lebuh Raya Pan Borneo dekat Simpang Samu, tengah hari tadi. Foto PGO Bomba Sarawak

Mangsa dilaporkan mengalami kecederaan akibat kejadian tersebut.

Pasukan Keluaran Operasi (PKO) kemudiannya menjalankan kerja-kerja menyelamat dengan menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Mangsa berjaya dikeluarkan dan seterusnya diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Operasi yang diketuai oleh Yusuf Tamin itu tamat sepenuhnya pada 2.10 petang selepas kerja-kerja pembersihan dilakukan bagi memastikan kawasan kejadian selamat, dengan kekuatan tujuh anggota serta sebuah jentera, dibantu agensi lain termasuk KKM dan Angkatan Pertahanan Awam (APM).

Oleh Adi Safarman