Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Pemandu lori ditahan dalam serbuan dadah di Mukah
  • JENAYAH

Pemandu lori ditahan dalam serbuan dadah di Mukah

Utusan Sarawak 21 hours ago

SEORANG lelaki berusia 53 tahun ditahan selepas disyaki terbabit dalam kegiatan penyalahgunaan dadah dalam satu serbuan di Jalan Bedanga Ulu di sini, semalam. Foto IPD Mukah

MUKAH: Seorang pemandu lori ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam kegiatan penyalahgunaan dadah dalam satu serbuan di Jalan Bedanga Ulu di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Mukah, DSP Muhamad Rizal Alias berkata, lelaki berusia 53 tahun itu ditahan kira-kira 12.30 tengah hari oleh sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah.

“Pemeriksaan terhadap suspek menemui dua keratan tiub straw lutsinar berisi ketulan kristal dipercayai dadah jenis methamphetamine atau syabu seberat 0.83 gram dengan anggaran nilai RM110,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, ujian air kencing yang dijalankan turut mendapati suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

“Suspek direman selama tiga hari hingga 28 Oktober ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Beliau berkata, IPD Mukah akan terus mempergiat usaha membanteras aktiviti penyalahgunaan dadah di daerah itu.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti dadah boleh menghubungi talian hotline IPD Mukah di 084-871222 atau balai polis berhampiran,” katanya.

Oleh Tarani Lanting

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Ops Tapis: Lelaki dan dua wanita positif dadah ditahan
Next: Polis Lawas giat kesan lelaki larikan diri semasa ditahan polis

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.