Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Pemandu lori didenda RM5,000 parkir treler punca nahas maut.
  • MAHKAMAH

Pemandu lori didenda RM5,000 parkir treler punca nahas maut.

Utusan Sarawak 2 hours ago
KOMPLEKS Mahkamah Sibu.

SIBU: Mahkamah Majistret di Sibu hari ini, telah menjatuhkan hukuman denda RM5,000 atau penjara enam bulan terhadap seorang pemandu lori yang memakirkan lori treler yang dipandunya di tepi jalan sehingga menyebabkan kemalangan.

Tertuduh, Rawing Tawi, 60, dijatuhi hukuman itu setelah mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan kepadanya di hadapan Majistret Romario Jonoi mengikut Seksyen 48(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sabit kesalahan di bawah seksyen ini hendaklah dikenakan denda tidak kurang RM1,000 dan tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak kurang setahun atau kedua-duanya sekali.

Berdasarkan pertuduhan, Rawing sebagai pemandu lori treler telah memakirkan lori tersebut di tepi Jalan KJD, Julau yang menyebabkan kemalangan dengan sebuah lori lain pada 24 Febuari 2026.

Mengikut fakta kes, tertuduh telah memakirkan lori treler yang dipandunya di tepi bahu jalan sebelah kiri di Batu 12, Jalan KJD, Julau kira-kira 12.20 tengah malam untuk berhenti rehat dan tidur di rumahnya.

Pada hari sama jam lebih kurang 12.30 tengah malam, sebuah lori yang datang dari arah belakang telah melanggar belakang lori treler tersebut, menyebabkan kelindan lori terbabit meninggal dunia di tempat kejadian.

Siasatan yang dijalankan mendapati tertuduh telah memakirkan lori treler di bahu jalan, yang menyebabkan halangan serta bahaya kepada pengguna jalan yang lain.

Tertuduh juga gagal meletakkan sebarang tanda amaran di bekalang lori bagi memberi peringatan kepada pengguna jalan raya yang lain.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Keshava Rao A/L Tharma Raja sementara tertuduh tidak diwakili peguam.

Oleh Akun Giman

Tags: mahkamah

Continue Reading

Previous: Buruh Rohingya didakwa rompak rumah Datuk Razif Sidek

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.