MARUDI: Hilang kawalan menyebabkan seorang pemandu lori mengalami kecederaan dalam kemalangan jalan raya di Kilometer (KM) 22 Jalan Marudi/Miri pagi tadi.
Menurut Ketua Polis Daerah Marudi, DSP Mohd Ruslan Mat Kib dalam satu kenyataan, pada 10.50 pagi, pemandu berusia 28 tahun itu menuruni bukit di satu selekoh dan hilang kawalan lalu terbabas ke sebelah kanan jalan dan masuk ke dalam longkang.
Rentetan itu, pemandu lori sawit tersebut patah lengan kanan, luka di bahagian sebelah kanan perut dan muka.
Mangsa dikejarkan ke Hospital Marudi untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Oleh JIKU JUGUONG