Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Pemandu didenda selepas pusingan U haram di KM1 Jalan Bau–Serikin dirakam kamera papan pemuka, tular di media sosial
  • JENAYAH

Pemandu didenda selepas pusingan U haram di KM1 Jalan Bau–Serikin dirakam kamera papan pemuka, tular di media sosial

Utusan Sarawak 5 hours ago
PEMANDU secara sukarela pergi ke balai polis

BAU: Seorang pemandu dikenakan saman selepas melakukan kesalahan membuat pusingan U di lokasi yang tidak dibenarkan di KM1 Jalan Bau–Serikin berhampiran lampu isyarat, yang turut dirakam menerusi video kamera papan pemuka dan tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Bau, Supt Mohd Haide A. Rahman berkata, pihak polis mengesan kejadian itu selepas satu rakaman dashcam dimuat naik di laman Facebook Sarawak Road Update yang menunjukkan sebuah kenderaan Toyota Hilux jenis kabin tunggal membuat pusingan U di lokasi berkenaan.

“Bertindak atas maklumat tersebut, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau berjaya mengesan pemandu kenderaan terbabit dan mengarahkannya hadir ke IPD Bau bagi membantu siasatan,” katanya.

Beliau berkata, pemandu berkenaan hadir ke IPD Bau sekitar 11.15 pagi hari ini bersama kenderaan terbabit.

“Hasil siasatan mendapati pemandu tersebut mengaku melakukan kesalahan membuat pusingan U di lokasi yang tidak dibenarkan,” katanya.

Menurutnya, pemandu itu didapati melakukan kesalahan di bawah Kaedah 6(1) Kaedah-Kaedah Lalu Lintas 166/59, iaitu kesalahan membuat pusingan U.

“Satu saman PDRM (K) 257 telah dikeluarkan kepada pemandu berkenaan atas kesalahan tersebut,” katanya.

Oleh Connie Chieng

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: 25 kenderaan diperiksa, tiga saman dikeluarkan dalam Op Bersepadu Pencegahan Jenayah di Bau
Next: Lelaki disyaki cuba mencuri di pasar raya Miri, ditahan polis

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.