Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Pemaju digesa tangani projek terbengkalai, pastikan hak pembeli terpelihara
  • TEMPATAN

Pemaju digesa tangani projek terbengkalai, pastikan hak pembeli terpelihara

Utusan Sarawak 9 hours ago
ADUN Tanjong Batu, Johnny Pang memotong riben sebagai simbolik perasmian Pameran Hartanah dan Kediaman SHEDA Bintulu 2025 yang berlangsung di sebuah pusat beli-belah di Bintulu, hari ini.

BINTULU: Pemaju perumahan digesa memberi perhatian serius terhadap projek tergendala atau terbengkalai bagi melindungi kepentingan pembeli rumah dan mengekalkan keyakinan awam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming berkata, tindakan segera, komunikasi terbuka dan kerjasama aktif dengan pihak berkuasa berkaitan amat penting supaya isu projek terbengkalai dapat diselesaikan dengan berkesan.

“Pemaju perlu mengambil langkah pantas dan bekerjasama rapat dengan agensi terlibat supaya hak pembeli rumah terus terjamin. 

“Tindakan ini juga penting untuk mengekalkan kepercayaan masyarakat terhadap industri hartanah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Pameran Hartanah dan Kediaman Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak (SHEDA) Bintulu 2025 yang berlangsung di sebuah pusat beli-belah di sini, hari ini.

ADUN Tanjong Batu, Johnny Pang melawat pameran selepas merasmikan Pameran Hartanah dan Kediaman SHEDA Bintulu 2025 di sebuah pusat beli-belah di Bintulu, hari ini.

Menurutnya, pemaju disaran mengamalkan pembinaan mampan dan teknologi hijau melalui reka bentuk cekap tenaga, penggunaan sumber boleh diperbaharui serta bahan mesra alam demi memastikan kelestarian pembangunan.

“Pendekatan hijau bukan sahaja memberi nilai tambah kepada projek baharu, malah menjamin masa depan komuniti serta generasi akan datang,” ujarnya.

Pameran anjuran SHEDA itu menampilkan 24 pemaju dan pempamer, menawarkan platform sehenti untuk mempamerkan projek perumahan dan komersial terkini selain produk berkaitan hartanah.

Selama tiga hari penganjuran, pengunjung berpeluang menghadiri ceramah hartanah, menyaksikan persembahan kebudayaan, menyertai pertandingan kanak-kanak serta program kemasyarakatan termasuk kempen derma darah.

Oleh Carolyne Utih

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Tighten security for RM100 ‘SARA’ – Violet Yong
Next: IDECS 2025 tumpu AI dan teknologi hijau, sasar 10,000 peserta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.