Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Pemain ski Jerman maut dalam perlanggaran di cerun Austria
  • GLOBAL

Pemain ski Jerman maut dalam perlanggaran di cerun Austria

Utusan Sarawak 5 hours ago
GAMBAR hiasan.

VIENNA: Seorang pemain ski warga Jerman berusia 69 tahun maut dalam satu perlanggaran dengan seorang lagi pemain ski di sebuah cerun di barat Austria, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) yang memetik kenyataan polis semalam.

Pemain ski kedua, yang juga warga Jerman, dilaporkan mengalami kecederaan parah dalam insiden pada Selasa di kawasan luncur ski popular, Arena Zillertal.

Polis yang memetik keterangan saksi berkata kedua-dua lelaki itu bertembung secara berhadapan dalam kelajuan tinggi di satu persimpangan antara dua litar luncur.

Warga emas dari Munich itu mengalami kecederaan dalaman yang serius dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Seorang lagi pemain ski berusia 33 tahun telah dibawa ke hospital di Innsbruck dengan menggunakan helikopter.

Menurut polis, kedua-dua lelaki berkenaan merupakan pemain ski yang berpengalaman. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Harga diesel di Thailand turun 27 sen seliter bermula esok
Next: Serigala terlepas, sekolah ditutup di Korea Selatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.