
(FILES) In this file photo taken on July 06, 2021 Russia's Daniil Medvedev (R) reacts during a break in play against Poland's Hubert Hurkacz in their men's singles fourth round match on the eighth day of the 2021 Wimbledon Championships at The All England Tennis Club in Wimbledon, southwest London. - Wimbledon has banned Russian and Belarusian players from the 2022 tournament in response to the invasion of Ukraine, but ATP and WTA organisers branded the move "unfair" and "very disappointing" on April 24, 2022. The players trageted include Russian men's world number two Daniil Medvedev and Belarusian female world number four Aryna Sabalenka. And also Russia's Andrey Rublev, who is currently eighth in the ATP rankings, while his compatriot Karen Khachanov is in 26th place. Russian world number 15 Anastasia Pavlyuchenkova and Victoria Azarenka of Belarus are two of the other top female players who will miss the grass-court Grand Slam. (Photo by Adrian DENNIS / AFP) / RESTRICTED TO EDITORIAL USE
PEMAIN nombor dua dunia Daniil Medvedev merupakan salah seorang individu yang terjejas akibat larangan
Wimbledon terhadap pemain Rusia. • Foto AFP
WIMBLEDON telah mengharamkan pemain Rusia dan Belarus daripada kejohanan 2022 sebagai tindak balas kepada pencerobohan ke atas Ukraine, tetapi penganjur ATP dan WTA yang menyifatkan langkah itu ‘tidak adil’ dan ‘sangat mengecewakan’ semalam.
All England Lawn Tennis Club (AELTC), yang mengendalikan Wimbledon, berkata ia bertindak untuk ‘menghadkan pengaruh global Rusia melalui cara yang paling kuat’.
Pemain nombor dua dunia dari Rusia, Daniil Medvedev dan pemain wanita nombor empat dunia dari Belarus, Aryna Sabalenka — layak ke separuh akhir Wimbledon tahun lalu dan beliau adalah pemain utama yang terjejas akibat larangan itu.
“Dalam keadaan pencerobohan ketenteraan yang tidak wajar dan tidak pernah berlaku sebelum ini, adalah tidak boleh diterima untuk rejim Rusia untuk memperoleh sebarang faedah daripada penglibatan pemain Rusia atau Belarus,” kata kenyataan AELTC.
“Memandangkan profil The Championships di United Kingdom dan di seluruh dunia, adalah menjadi tanggungjawab kami untuk memainkan peranan kami dalam usaha meluas kerajaan, industri, institusi sukan dan kreatif untuk menghadkan pengaruh global Rusia melalui cara yang paling kuat.”
Persatuan Lawn Tenis juga telah melarang pemain Rusia atau Belarus daripada bertanding dalam kejohanan padang rumput Britain yang lain termasuk acara pemanas badan Wimbledon di Queen’s Club dan Eastbourne.
Pemain dari Rusia dan Belarus dapat bersaing dalam jelajah ATP dan WTA sejak perang di Ukraine bermula, tetapi mereka tidak dibenarkan menggunakan bendera negara mereka.
ITF telah pun mengharamkan kedua-dua pasukan negara tersebut daripada menyertai Piala Davis dan Piala Billie Jean King.
Bos ATP dan WTA mendakwa larangan Wimbledon adalah diskriminasi.
“Kami percaya bahawa keputusan unilateral hari ini oleh Wimbledon dan LTA untuk mengecualikan pemain dari Rusia dan Belarus daripada menyertai pertandingan padang rumput di Britain tahun ini adalah tidak adil dan berpotensi untuk menetapkan preseden yang merosakkan untuk sukan ini,” kata kenyataan ATP.
WTA berkata keputusan itu “tidak adil dan tidak wajar”. – AFP