Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Pemain ranking ke-204 dunia Vacherot tumpaskan Djokovic, mara ke final ATP Masters pertamanya
  • SUKAN

Pemain ranking ke-204 dunia Vacherot tumpaskan Djokovic, mara ke final ATP Masters pertamanya

Utusan Sarawak 3 days ago
PEMAIN Monaco ranking ke-204 dunia, Valentin Vacherot, mengejutkan pemegang rekod juara Grand Slam Novak Djokovic 6-3, 6-4 di Shanghai hari ini untuk mara ke final ATP Masters.

BEIJING: Pemain Monaco ranking ke-204 dunia, Valentin Vacherot, mengejutkan pemegang rekod juara Grand Slam Novak Djokovic 6-3, 6-4 di Shanghai hari ini untuk mara ke final ATP Masters 1,000 pertamanya sekali gus menjadi finalis dengan ranking terendah dalam sejarah kejohanan itu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Pemain berusia 26 tahun itu, meneruskan kemaraannya di China dengan kemenangan selesa ke atas juara Shanghai empat kali itu, yang sekali lagi berdepan masalah kecergasan pada usia 38 tahun.

Vacherot akan menentang sama ada sepupunya Arthur Rinderknech atau Daniil Medvedev bagi merebut gelaran, esok.

“Saya masih belum benar-benar menyedari apa yang berlaku, jadi saya tidak tahu apa yang hendak dikatakan,” kata Vacherot ketika ditemu bual di tepi gelanggang.

“Ini benar-benar gila. Pertama sekali, berada di seberang jaring menentang Novak sendiri adalah pengalaman yang luar biasa. Saya rasa saya banyak belajar daripada perlawanan ini dan daripadanya. Malah untuk diri saya sendiri, saya masih banyak perlu diperbaiki.

“Ia adalah sejam 40 minit penuh kegembiraan, walaupun tidak ramai yang mahu saya terus mara. Dia sangat dihargai di sini. Dia telah menang empat kali.

“Saya sedikit keliru dengan semua gelarannya semasa mereka memperkenalkannya, tetapi ini adalah pengalaman yang luar biasa. Sekarang saya mungkin akan menikmati kemenangan ini malam ini dan memikirkan tentang final esok.”

-Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Pearly-Thinaah mara ke pentas akhir Terbuka Artik
Next: Terbuka Artik: Aaron-Wooi Yik tepati ramalan ke pentas akhir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.