Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Pemain pelapis Sibu cemerlang di Kejohanan Tenis Junior SSC 2025
  • SUKAN

Pemain pelapis Sibu cemerlang di Kejohanan Tenis Junior SSC 2025

Utusan Sarawak 3 hours ago
PESERTA melontarkan bola ke udara sementara Liew (tengah) dan Andrea memerhati bersama para jurulatih, pegawai dan ibubapa.

KUCHING: Penyertaan cemerlang pemain-pemain muda Persatuan Lawn Tenis Bahagian Sibu (SDLTA) di Kejohanan SSC Tennis Junior Aged Group 2025 Masters di Pusat Tenis Persatuan Tenis Sarawak (SLTA) di sini baru-baru ini menyerlahkan potensi besar bakat tenis pelapis dari Sibu.

Kejohanan yang berlangsung dari 14 hingga 16 November itu, dianjurkan Persatuan Tenis Bahagian Kuching (KDLTA) dengan sokongan Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) dan SLTA, turut mendapat sambutan menggalakkan daripada pemain muda dari seluruh negeri.

SDLTA mencuri tumpuan apabila beberapa pemainnya berjaya menempatkan diri dalam kedudukan teratas, sekali gus mengukuhkan reputasi persatuan itu sebagai salah satu pusat melahirkan bakat baharu dalam sukan tenis.

Antara yang menyerlah ialah Vince Tan, yang muncul Naib Johan Perseorangan Lelaki Bawah 12 Tahun, selain menjuarai acara Beregu bersama gandingannya Jonas Wong.

Dalam kategori perempuan, Clare Tan mengukuhkan penguasaannya apabila menjuarai Perseorangan Perempuan Bawah 12 Tahun, di samping meraih Naib Johan Beregu bersama rakan sepasukannya, Joyce Wong.

Turut mencatat keputusan memberangsangkan ialah Jerome Chiong (Ketiga Perseorangan Bawah 9 Tahun), Joyce Wong (Ketiga Perseorangan Perempuan Bawah 10 Tahun) dan Jonas Wong, yang layak ke separuh akhir Perseorangan Lelaki Bawah 12 Tahun.

SDLTA dalam kenyataan merakamkan penghargaan kepada barisan pemain yang beraksi dengan penuh disiplin dan semangat kesukanan, termasuk Meiko Wong, Jeremy Chiong, Jerome Chiong, Jonas Wong, Joyce Wong, Vince Tan, Clare Tan dan Louis Tan.

Kejayaan itu disifatkan sebagai suntikan semangat buat SDLTA untuk terus memperkasa pembangunan tenis peringkat akar umbi di Sibu.

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Jerman ‘hantar mesej’, belasah Slovakia untuk layak ke Piala Dunia 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.