Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Pemain Liverpool tiba di Portugal, pengebumian Diogo Jota
  • SEMASA

Pemain Liverpool tiba di Portugal, pengebumian Diogo Jota

Utusan Sarawak 12 hours ago
PEMAIN Liverpool tiba di Portugal bagi menghadiri pengebumian Diogo Jota, selepas pemain kelab itu maut dalam kemalangan jalan raya di Sepanyol. Foto AFP

LONDON: Pemain Liverpool tiba di Portugal bagi menghadiri pengebumian Diogo Jota, selepas pemain kelab itu maut dalam kemalangan jalan raya di Sepanyol.

Pengurus Reds Arne Slot, kapten Virgil van Dijk, teman sepasukan Andrew Robertson, Alexis Mac Allister serta bekas rakan sepasukan Jordan Henderson dan James Milner dilihat berada di Portugal pada Jumaat malam menerusi rakaman media tempatan.

Bapa kepada tiga anak itu, yang baru berkahwin dengan pasangan lamanya Rute Cardoso 11 hari sebelum kejadian, maut bersama adiknya, Andre Silva, selepas Lamborghini dinaiki mereka terbakar disyaki berpunca daripada tayar yang meletup pada awal pagi Khamis.

Upacara pengebumian dijadual bermula pada pukul 10 pagi (0900 GMT) Sabtu di Gereja Matriz de Gondomar di Sao Cosme, menurut Paderi Jose Manuel Macedo.

Ia susulan majlis penghormatan terakhir untuk kedua-dua beradik itu pada Jumaat, dengan orang ramai dilihat beratur di luar gereja kecil di Portugal itu.

Ibu bapa mereka hadir di Gereja Kecil Sao Cosme, Capela da Ressurreicao, di Bandar Gondomar berhampiran Porto pada Jumaat, dengan Presiden Portugal Marcelo Rebelo de Sousa, Perdana Menteri Luis Montenegro dan ejen Jota turut hadir memberi penghormatan.

Jota dan Silva ditemukan maut selepas kereta dinaiki mereka terbabas di lebuh raya A-52 di Palacios de Sanabria berhampiran Bandar Zamora pada pukul 12.40 tengah malam pada Khamis.

Polis sedang menyiasat kemungkinan kereta Lamborghini itu terbabas akibat tayar meletup ketika memotong, manakala sumber dari sub-delegasi kerajaan di Zamora mengesahkan “insiden berkemungkinan melibatkan pemanduan melebihi had laju” turut diambil kira.

Gambar di lokasi kejadian menunjukkan serpihan kereta itu berselerakan di tepi jalan termasuk bahagian kenderaan yang hangus terbakar.

Tiada kenderaan lain dilaporkan terlibat dalam insiden itu.

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Rundingan pembelian TikTok hampir selesai, AS mula berbincang dengan China – Trump  
Next: Dato Wee Hong Seng perkukuh usaha bandar inklusif di WCS 2025, fokus kanak-kanak dan warga emas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.