
SIBU: Para pemain yang mengambil bahagian dalam Kejohanan Bola Tampar Jemputan Antarabangsa Sarawak 2025 telah diraikan dalam satu majlis makan malam penghargaan yang diadakan di sini malam tadi.
Kejohanan yang berlangsung dari 29 Julai hingga 3 Ogos itu menarik penyertaan 13 pasukan dari dalam dan luar negara, membabitkan kategori lelaki dan wanita.
Pasukan lelaki terdiri daripada Thailand, Hong Kong, Johor, Miri, Sarawak Senior dan Sarawak Junior, manakala pasukan wanita pula terdiri daripada Mongolia, Taipei, dua pasukan dari Thailand, Sarawak Senior, Sarawak Junior dan Johor.
Turut hadir pada majlis makan malam, Presiden Persatuan Bola Tampar Sarawak Tan Sri Moh Ung Sing dan Pengerusi Persatuan Bola Tampar Sibu Dato Moh Wung Ming.
Oleh Akun Giman