Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Pemain Iran, Taremi terkandas di Tehran, terlepas aksi Piala Dunia Kelab
  • SUKAN

Pemain Iran, Taremi terkandas di Tehran, terlepas aksi Piala Dunia Kelab

Utusan Sarawak 11 hours ago

Penyerang Inter Milan, Mehdi Taremi terkandas di Tehran susulan konflik Iran-Israel dan akan terlepas aksi pembukaan Piala Dunia Kelab. - Foto AFP

LOS ANGELES: Penyerang Inter Milan, Mehdi Taremi terkandas di Tehran susulan konflik Iran-Israel dan akan terlepas aksi pembukaan Piala Dunia Kelab di Amerika Syarikat, kata kelab Itali itu semalam.

Taremi berada di Iran minggu lalu untuk tugasan antarabangsa, menjaringkan gol dalam kemenangan 3-0 ke atas Korea Utara pada aksi kelayakan Piala Dunia zon Asia.

Bagaimanapun pemain 32 tahun itu gagal mendapatkan penerbangan untuk menyertai rakan sepasukannya di Los Angeles susulan serangan Israel ke atas Iran.

Inter membuka kempen Piala Dunia Kelab menentang kelab Mexico, Monterrey esok di Pasadena Rose Bowl.

Perlawanan itu adalah aksi pertama Inter di bawah pengendali baharu, Cristian Chivu, yang menggantikan Simone Inzaghi.

Inzaghi meninggalkan kelab selepas kekalahan 5-0 di tangan Paris Saint-Germain pada final Liga Juara-Juara Eropah.

Dalam sidang akhbar di Beverly Hills, Chivu berkata Inter sedia bangkit daripada kekecewaan Serie A dan Liga Juara-Juara.

Bekas pemain Romania berusia 44 tahun itu berkata, Inter patut berbangga dengan pencapaian mereka musim ini.

“Kita tidak patut melupakan perjalanan pasukan ini, ia adalah musim yang hebat.

“Pasukan ini mempunyai kualiti. Mereka berjaya sampai ke akhir tetapi gagal mendapatkan trofi. Ia bukan musim yang gagal.

“Kita menyingkirkan Bayern dan Barca daripada saingan Liga Juara-Juara. Kita berada di puncak liga, salah satu yang terbaik di Eropah, untuk tempoh yang lama.

“Jadi kita tidak boleh melupakan perkara ini. Kegagalan tidak wujud dalam bola sepak. Kegagalan ialah memberikan alasan,” kata Chivu. – AFP

Continue Reading

Previous: Cunha tekad bantu United kembali bangkit

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.