Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Pemain Charlton bimbang risiko virus Covid-19
  • SUKAN

Pemain Charlton bimbang risiko virus Covid-19

Utusan Sarawak 5 years ago
DARREN Pratley (kiri), ketika beraksi untuk bekas kelab Bolton, bimbang pemain kulit hitam boleh berhadapan dengan risiko oleh rancangan memulakan semula bola sepak. • Foto AFP

LIGA KEJUARAAN INGGERIS

PEMAIN tengah Charlton, Darren Pratley berkata, pemain kulit hitam dan etnik minoriti mempunyai ketakutan untuk memulakan semula bola sepak kerana mereka lebih berisiko terkena Covid-19.

Kelab-kelab Inggeris, termasuk pasukan Liga Kejuaraan, Charlton, berusaha untuk memulakan semula musim ini pada Jun.

Tetapi Pratley, yang ayahnya adalah orang Jamaica, bimbang dengan statistik yang menunjukkan lelaki dan wanita kulit hitam menghadapi risiko kematian dua kali ganda akibat virus itu berbanding orang kulit putih.

“Kami diberitahu bahawa pemain bola BAME berisiko lebih tinggi, yang berkaitan dengan darah campuran,” katanya kepada BBC Sport pada hari Jumaat.

“Saya tahu banyak orang daripada pihak ayah saya bergelut dengan diabetes dan tekanan darah tinggi, yang merupakan masalah yang mendasari bahawa kebanyakan mereka dan yang lain mungkin tidak tahu bahawa mereka menghidap penyakit itu.

“Ini mungkin sesuatu yang jika dijangkiti oleh salah seorang pemain yang belum diuji, dapat dijangkitii kepada mereka jika mereka tinggal di rumah yang sama.”

Pengurus Charlton, Lee Bowyer baru-baru ini mengakui kelabnya yang kekurangan wang, yang berada di zon penyingkiran ketika musim dihentikan, tidak mampu menguji pemain untuk virus itu dua kali seminggu.

Liga Bolasepak Inggeris akhirnya dapat memenuhi tuntutan ujian, tetapi Pratley, 35, juga menyuarakan kebimbangan mengenai kos langkah keselamatan.” – AFP

Continue Reading

Previous: Dortmund ‘garang’ di stadium kosong
Next: Azlan bukti atlet masih ‘berkerjaya’ selepas bersara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.