Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Pemain bola sepak Perancis lemas di Sungai Rhone
  • GLOBAL

Pemain bola sepak Perancis lemas di Sungai Rhone

Utusan Sarawak 4 hours ago
Kenzo Kie

PARIS: Pemain bola sepak Perancis, Kenzo Kies daripada kelab divisyen dua Guingamp meninggal dunia pada usia 21 tahun selepas lemas di Sungai Rhone, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Guingamp dan bekas kelabnya, Saint-Etienne, memberi penghormatan kepadanya menerusi hantaran di platform X pada lewat Rabu.

Menurut laporan media, Kies pergi berenang bersama rakan-rakannya ketika gelombang haba melanda Perancis pada Isnin di sebuah lokasi yang dianggap berbahaya dan dilarang untuk aktiviti berenang.

Laporan itu menyebut tiga individu berjaya diselamatkan oleh pasukan bomba, manakala Kies ditemukan dalam keadaan kritikal sebelum disahkan meninggal dunia.

Kies menyertai Guingamp tahun lalu dan beraksi bersama pasukan simpanan kelab itu selepas menghabiskan tujuh tahun bersama Saint-Etienne. – Bernama

Continue Reading

Previous: Sepanyol catat lebih 200 kematian akibat gelombang haba dalam empat hari
Next: Lima maut, amaran merah gelombang haba diperluas ke 18 bandar di Itali

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.