Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Pemain bola sepak legenda Firos Mohamed meninggal dunia ketika sertai perlawanan amal
  • SEMASA

Pemain bola sepak legenda Firos Mohamed meninggal dunia ketika sertai perlawanan amal

Utusan Sarawak 12 hours ago
FOTO Facebook Penang Football Club.

IPOH: Bekas penjaga gol bola sepak Pulau Pinang, Firos Mohamed, 53 tahun meninggal dunia selepas dilaporkan rebah ketika beraksi dalam perlawanan empat penjuru Piala Dr Zambry Abd Kadir di Stadium Majlis Perbandaran Manjung, malam tadi.

Penang FC dalam satu kenyataan di laman sosial rasminya telah mengesahkan perkara tersebut. 

“Ahli Lembaga Pengarah dan seluruh warga kerja Penang FC mengucapkan salam takziah kepada keluarga bekas penjaga gol Pulau Pinang Firos Mohamed yang telah pulang ke rahmatullah.

“Semoga Allah S.W.T. mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkan beliau dalam kalangan orang yang beriman. Dari Allah kita datang, kepada-Nya kita kembali,” menurut kenyataan tersebut.

Terdahulu, beberapa video tular di media sosial memaparkan Firos rebah ketika beraksi menentang pasukan legenda dari Kedah.

Kejohanan tersebut menghimpunkan barisan legenda bola sepak dari empat negeri iaitu Perak, Pulau Pinang, Perlis dan Kedah.

Firos Mohamed dikenali sebagai antara penjaga gol terbaik Pulau Pinang dan negara pada era 1990-an.

Setakat ini, pihak berkuasa masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung insiden berkenaan.

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Sarawak kunci kepada usaha tenaga hijau ASEAN – Pakar
Next: DUN Sabah terbubar sendiri 11 November ini – Speaker

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.