Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Pemain Arsenal, Dowman jadi pemain termuda dalam sejarah Liga Juara-Juara
  • SUKAN

Pemain Arsenal, Dowman jadi pemain termuda dalam sejarah Liga Juara-Juara

Utusan Sarawak 10 hours ago

Max Dowman menunggu di bangku simpanan Arsenal di Prague sebelum dimasukkan untuk penampilan sulung bersejarahnya dalam Liga Juara-Juara. Foto AFP

PRAGUE: Pemain tengah Arsenal, Max Dowman, mencipta sejarah sebagai pemain termuda pernah beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara selepas dimasukkan sebagai pemain gantian pada minit ke-73 ketika menentang Slavia Prague awal pagi ini.

Dowman yang berusia 15 tahun 309 hari memecahkan rekod sebelum ini milik penyerang Jerman Youssoufa Moukoko, yang membuat penampilan bersama Borussia Dortmund menentang Zenit St Petersburg pada usia 16 tahun 18 hari pada tahun 2020.

Moukoko kini bermain untuk FC Copenhagen, yang akan menentang Tottenham Hotspur pagi ini.

Dowman sebelum ini membuat penampilan sulung dalam Liga Perdana Inggeris pada usia 15 tahun 234 hari ketika membantu Arsenal menewaskan Leeds 5-0 pada 23 Ogos.

Dia merupakan pemain kedua termuda dalam sejarah Liga Perdana selepas rakan sepasukannya Ethan Nwaneri, yang beraksi buat kali pertama pada 2022 ketika berusia 53 hari lebih muda.

Namun, Dowman mencatat satu lagi rekod apabila menjadi pemain termuda pernah memulakan perlawanan untuk Arsenal dalam kemenangan 2-0 ke atas Brighton pada pusingan keempat Piala Liga minggu lalu. – AFP

Continue Reading

Previous: Mural Alexander-Arnold diconteng menjelang kepulangan ke Anfield
Next: Dua gol Merino bantu Arsenal terus kukuhkan kedudukan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.