Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • PEMADAM serlah komitmen perangi dadah
  • KESIHATAN

PEMADAM serlah komitmen perangi dadah

Utusan Sarawak 2 weeks ago
DATUK Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali menghadiri majlis perasmian Penganjuran Program Damai Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Sihat Merdeka Daerah Asajaya di Kompleks Sukan Asajaya, hari ini. Foto UKAS

ASAJAYA: Penganjuran Program Damai Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Sihat Merdeka Daerah Asajaya disifatkan amat signifikan dalam melahirkan masyarakat sihat, sejahtera serta bebas daripada pengaruh dadah, rokok elektronik dan gejala sosial tidak sihat.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan) merangkap Naib Pengerusi PEMADAM Negeri Sarawak, Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, berkata usaha mengekang gejala dadah kini semakin membuahkan hasil kerjasama erat antara agensi penguatkuasaan dan komuniti setempat.

“Alhamdulillah, usaha kita mengekang gejala dadah semakin membuahkan hasil dengan kerjasama agensi penguatkuasaan dan komuniti.

“Apa yang penting, anak muda perlu memanfaatkan peluang pendidikan dan kemahiran yang telah disediakan kerajaan serta menjauhi sebarang pengaruh tidak sihat,” katanya semasa berucap dalam majlis perasmian program berkenaan di Kompleks Sukan Asajaya, hari ini.

Beliau turut menekankan bahawa kerajaan Sarawak di bawah kepimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg sentiasa mengutamakan kesejahteraan rakyat melalui pelbagai inisiatif.

Inisiatif seperti Kad Emas Kenyalang (KGC) untuk warga emas, Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS), pendidikan percuma di universiti milik kerajaan negeri bermula tahun hadapan, serta Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (CENTEXS) yang turut menyediakan elaun kepada pelatih.

DATUK Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali merakamkan gambar kenangan pada majlis perasmian Penganjuran Program Damai Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Sihat Merdeka Daerah Asajaya di Kompleks Sukan Asajaya, hari ini. Foto UKAS

Sehubungan itu, beliau menggesa ibu bapa dan masyarakat agar terus memainkan peranan penting memberi bimbingan serta penerangan kepada anak-anak supaya tidak terjebak dengan najis dadah, rokok dan rokok elektrik yang semakin berleluasa.

Program tersebut menarik penyertaan lebih 200 peserta dengan pelbagai aktiviti seperti larian kanak-kanak, senam sihat pagi, ceramah kesedaran, pameran, jualan interaktif, pemeriksaan kesihatan percuma dan cabutan bertuah untuk kanak-kanak.

Antara agensi dan organisasi yang turut serta ialah PEMADAM, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Tabung Haji, Jabatan Kebajikan Masyarakat serta Jabatan Penjara.

Sepanjang tahun ini sahaja, sebanyak 75 program PEMADAM telah dilaksanakan di seluruh Sarawak melibatkan komuniti, sekolah serta golongan wanita bagi memperkukuh kesedaran mengenai bahaya dadah.

Menurut rekod PDRM, lebih 780,000 pesalah dadah telah ditahan dengan rampasan aset mencecah RM450,000 dan dadah bernilai RM1.2 juta, membuktikan betapa seriusnya ancaman ini terhadap masyarakat.

-UKAS

Tags: Kesihatan

Continue Reading

Previous: KKM perkukuh rawatan jantung, tambah fasiliti di Serdang menjelang 2027
Next: Projek SAYANG perkasa komuniti tangani isu kesihatan mental

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.