Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • PEMADAM Sarawak manfaatkan eSukan untuk didik belia jauhi dadah
  • SUKAN

PEMADAM Sarawak manfaatkan eSukan untuk didik belia jauhi dadah

Utusan Sarawak 15 hours ago
RAKAM KENANGAN…Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak yang juga Pengerusi PEMADAM Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah bergambar bersama juara Cabaran eSukan BreakOff 2025, pasukan Kuching City FC di CENTEXS Santubong, kelmarin.

KUCHING: Persatuan Pencegahan Dadah Malaysia (PEMADAM) Cawangan Sarawak terus komited mendampingi golongan belia menerusi pelaksanaan program berimpak tinggi bertujuan memupuk kesedaran tentang bahaya penyalahgunaan dadah dan bahan terlarang.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan yang juga Pengerusi PEMADAM Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, antara inisiatif berterusan yang dilaksanakan termasuklah penganjuran Cabaran eSukan BreakOff 2025 (BEC2025) yang kini memasuki edisi ke-10.

“PEMADAM Sarawak sentiasa berusaha untuk mendekati masyarakat, khususnya generasi muda menerusi pelbagai pendekatan yang sesuai dengan minat dan gaya hidup mereka. Penganjuran BEC2025 merupakan antara platform terbaik untuk menyampaikan mesej kesedaran secara santai namun berkesan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Penutupan Program BEC2025 yang berlangsung di Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (CENTEXS), cawangan Santubong, di sini, baru-baru ini.

Dato’ Sri Abdul Karim, yang juga Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, menegaskan bahawa perkembangan pesat sukan elektronik (eSports) perlu dimanfaatkan sepenuhnya untuk membendung gejala sosial yang semakin membimbangkan dalam kalangan belia.

“Kita melihat potensi besar dalam pembangunan eSports sebagai salah satu alternatif sihat untuk menarik belia menjauhi aktiviti tidak bermoral termasuk penyalahgunaan dadah.

“Justeru, kita akan mengkaji penubuhan pusat eSports khusus di Kuching bagi memperkasa pembangunan bakat tempatan hingga ke peringkat dunia,” ujarnya.

Tambah beliau, usaha seperti ini bukan sahaja memberi ruang kepada anak muda untuk menyerlahkan potensi mereka dalam bidang digital, malah secara tidak langsung menyumbang kepada pembentukan masyarakat sihat dan bebas dadah.

Oleh Shikin Mahmud

Continue Reading

Previous: Kecederaan bahu paksa Pandelela tarik diri di Kejohanan Akuatik Dunia 
Next: Pearly- Thinaah kini No.2 dunia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.