Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pelbagaikan komoditi untuk taraf hidup yang lebih baik – Larry
  • Tengah
  • WILAYAH

Pelbagaikan komoditi untuk taraf hidup yang lebih baik – Larry

Utusan Sarawak 11 hours ago
UNTUK ALBUM….Ahli Parlimen Julau, Datuk Larry Sng Wei Shien bergambar bersama para peserta Kursus Pengurusan dan Penanaman Kelapa Sawit Fasa III. Foto Facebook Datuk Larry Sng Wei Shien

JULAU: Penduduk di kawasan luar bandar disarankan mempelbagaikan jenis tanamam komoditi bagi mengurangkan kebergantungan kepada satu sumber pendapatan, sekali gus meningkatkan taraf ekonomi keluarga.

Ahli Parlimen Julau, Datuk Larry Sng Wei Shien berkata, langkah itu penting memandangkan harga komoditi seperti kelapa sawit sering mengalami turun naik di pasaran.

“Ini adalah sebahagian daripada usaha kita untuk menaikkan taraf ekonomi keluarga, khususnya di Julau.

“Saya perhatikan harga kelapa sawit tidak begitu bagus buat masa ini, jadi kita mesti ada pelbagai komoditi untuk lebih fleksibel,” katanya menerusi satu hantaran di laman Facebooknya.

Menurut Larry yang juga Pengerusi Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB), penduduk yang menanam pelbagai jenis komoditi turut berpeluang membuat perbandingan harga pasaran bagi menentukan pilihan tanaman yang lebih menguntungkan.

Beliau hadir untuk menyerahkan sijil penyertaan dan anak pokok sawit kepada 31 peserta Kursus Pengurusan dan Penanaman Kelapa Sawit Fasa III yang dianjurkan oleh Pejabat Khidmat Parlimen Julau dan Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia Mengenai Matlamat Pembangunan Lestari (APPGM-SDG).

TERIMA KASIH…Datuk Larry Sng Wei Shien menyerahkan sijil penyertaan kepada peserta. Foto Datuk Larry Sng Wei Shien. 

“Peserta kursus menerima pelbagai maklumat berguna daripada Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) Cawangan Sarikei dan turut diberi latihan di ladang kelapa sawit Dayswood di Lemujan.

“Bagi saya, latihan ini memberikan pengetahuan tambahan yang berguna kepada peserta dalam aspek pengurusan ladang dan penanaman kelapa sawit secara mapan,” katanya.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 43 tangki air diserahkan kepada penduduk Kampung Terasi Iban, Tanjung Kelaso
Next: 940 penerima luar bandar terima STR 2025 secara tunai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.