Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pelbagai projek pembangunan bakal dilaksana di Matu
  • Tengah
  • WILAYAH

Pelbagai projek pembangunan bakal dilaksana di Matu

Utusan Sarawak 12 hours ago
APA KHABAR….Safiee Ahmad ketika tiba di perkarangan Rumah Johari Pitang, Batang Lassa, Matu, semalam.

MATU: Kawasan Matu bakal menerima pelbagai projek pembangunan dalam masa terdekat, termasuk pembinaan jalan berturap dan penyediaan bekalan air bersih, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad.

Menurutnya, inisiatif ini sejajar dengan usaha berterusan kerajaan Sarawak untuk memastikan kemudahan asas dinikmati secara menyeluruh, terutamanya oleh penduduk luar bandar.

“Pembangunan berfasa ini memberi manfaat jangka panjang bukan sahaja dari segi keselesaan hidup, malah membuka peluang dalam bidang ekonomi, pendidikan dan sosial,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan majlis Ngiling Bidai Gawai Dayak 2025 dan Perasmian Skim Bekalan Elektrik Luar Bandar (RES) Batang Lassa 2 di Rumah Johari Pitang, semalam.

SAFIEE AHMAD….Ketika bersalaman dengan penduduk setempat yang menghadiri majlis Ngiling Bidai Gawai Dayak 2025 dan majlis Perasmian RES Batang Lassa 2 di Rumah Johari Pitang, Batang Lassa, Matu, semalam.

Safiee menegaskan bahawa kerajaan Sarawak di bawah pimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, komited dalam memperkasa pembangunan luar bandar.

Beliau menyifatkan projek RES sebagai bukti jelas keseriusan kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam membawa kemajuan ke kawasan pedalaman.

“Kini, dengan bekalan elektrik 24 jam, penduduk tidak perlu lagi bergantung kepada generator. Jika dahulu mereka membelanjakan sehingga RM700 sebulan untuk bahan api, kini hanya RM70 hingga RM80 diperlukan bagi membayar bil elektrik. Ini satu perubahan besar yang memberi impak positif kepada kehidupan harian,” jelasnya.

Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan sumbangan kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rumah Johari sebagai tanda sokongan terhadap pengurusan komuniti setempat.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: BBP Bintangor laksana pemeriksaan lima pili bomba, semua berfungsi baik
Next: Mohamad Shafizan sokong naik taraf infrastruktur Kampung Jalan Giat Mara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.