Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pelbagai pihak hulur sumbangan sokong operasi SAR bot karam di Kabong
  • Tengah
  • WILAYAH

Pelbagai pihak hulur sumbangan sokong operasi SAR bot karam di Kabong

Utusan Sarawak 12 hours ago
FOTO: Pusat Khidmat ADUN Kabong

KABONG: Usaha murni bagi menyokong operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa bot karam di perairan Kabong terus mendapat perhatian pelbagai pihak, hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir, menghulurkan sumbangan peribadi berjumlah RM1,000 bagi menampung kos operasi pencarian yang masih giat dijalankan sejak insiden berlaku pada 4 September.

Turut menghulurkan sumbangan ialah Lembaga Amanah Kebajikan Islam Kabong (LAKIK) berjumlah RM1,000 hasil gabungan RM500 daripada Lembaga Amanah Kebajikan Islam Kabong (LAKIK) dan RM500 daripada Geng Wharf Kabong.

Selain itu, ALUMNI Sekolah Kebangsaan (SK) Abang Leman Kabong menyumbang sebanyak RM500, manakala Persatuan Pesara Kabong (PEKA) memberikan sumbangan RM300. Kesemua sumbangan telah diserahkan kepada Penghulu Rahman @ Dom Kapok untuk disalurkan kepada pasukan yang terlibat dalam operasi SAR.

Bagi meringankan beban petugas barisan hadapan, Chee Kadir turut menyalurkan bantuan makanan berbungkus bernilai RM300 sehari sepanjang operasi berlangsung, serta sumbangan minyak petrol kepada anggota RELA yang terbabit dalam SAR.

Chee Kadir menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang menunjukkan keprihatinan dan sentiasa mengikuti perkembangan operasi melalui agensi berkaitan.

“Saya berdoa agar segala urusan pencarian dipermudahkan dan keluarga mangsa diberikan ketabahan menghadapi ujian ini,” ujarnya.

Dalam perkembangan berkaitan, polis semalam mengesahkan bahawa jasad yang ditemui sekitar 9.58 pagi sejauh 3.4 batu nautika dari perairan Kabong telah dikenal pasti sebagai Tuah Bujang, 57, seorang nelayan dari Kampung Hilir Kabong.

Pengesahan dibuat oleh Jabatan Forensik Hospital Saratok dan disahkan oleh ahli keluarga mangsa.

Operasi SAR kini diteruskan dengan memberi tumpuan kepada pencarian anak mangsa, Muhammad Aiman Tuah, 24, yang masih belum ditemui setakat ini.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: JKM hulur bantuan awal kepada mangsa rumah roboh Kampung Bakol
Next: Banjir kilat di Trusan beransur surut, tiada PPS dibuka

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.