Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Pelbagai pameran, aktiviti & perkongsian ilmu menanti di Ekspo Pendidikan Sarawak 2025
  • PENDIDIKAN

Pelbagai pameran, aktiviti & perkongsian ilmu menanti di Ekspo Pendidikan Sarawak 2025

Utusan Sarawak 1 day ago
EKSPO Pendidikan Sarawak 2025 pada 16 Ogos 2025 di Dewan Sri Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Suai.

BATU NIAH: Pejabat Pendidikan Daerah Subis mengalukan penyertaan semua warga Daerah Subis untuk hadir bersama ke Ekspo Pendidikan Sarawak 2025 pada 16 Ogos 2025 di Dewan Sri Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Suai.

Menurut kenyataan Pejabat Pendidikan Daerah Subis, Ekspo itu bermula pada 11.00 pagi dan menampilkan pelbagai pameran pendidikan daripada Yayasan Sarawak serta institusi-institusi pendidikan dari seluruh negeri.

Selain itu, terdapat juga program bicara yang akan disampaikan oleh Pensyarah IAB, Wakil Focal Person PIBKS (Pelibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Swasta) dan aktiviti-aktiviti yang menarik semua warga Subis.

Ekspo Pendidikan Sarawak 2025 pada 16 Ogos 2025 itu nanti dijangka dirasmikan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg melalui Google Meet 11.00 pagi.

Oleh Adum Liu

Continue Reading

Previous: 30 ahli cemerlang SDNU Sibu terima insentif akademik
Next: Kolej Universiti i-CATS dinobatkan penerima Anugerah Kualiti Dalaman Terbaik MQA 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.